CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai ‘rumah busuk’ Aiman Tino sudah meningkat

16-2-2025 12:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3752| Komen: 16|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-15 233110.png


JIKA ramai lebih gemar membeli kediaman baharu sebagai hartanah pertama, berlainan pula dengan penyanyi Aiman Tino yang memilih ‘rumah busuk’ berusia lebih 30 tahun.

Aiman atau Muhammad Aiman Yusry, 27, berkata, dia mempunyai sebab tersendiri membeli rumah tersebut yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor itu dua tahun lalu.

Selain harganya berpatutan iaitu RM250,000, Aiman melihat banyak potensi terhadap kediaman jenis teres setingkat itu walaupun banyak kerja pengubahsuaian perlu dilakukan.

Screenshot 2025-02-15 233045.png


“Kalau nak cari rumah baru sekarang, memang tak akan dapat macam harga saya beli rumah lama ini.

“Saya dapat beli dengan harga RM250,000 dua tahun lalu dan selepas tiga tahun harganya sudah meningkat.

“Saya beli di Kuala Kubu Bharu dan ia berdekatan dengan kediaman keluarga saya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Aiman menganggarkan sebanyak RM80,000 perlu dibelanjakan untuk proses pengubahsuaian rumah tersebut agar ia selesa didiami.

Kata Aiman, kerja-kerja pengubahsuaian perlu dilakukan memandangkan usia rumah tersebut melebihi 30 tahun dan banyak bahagian kediaman itu yang perlu diperbaiki.

“Anggaran saya nak ubah suai rumah tu dalam RM80,000 dan ia sedang dalam proses," katanya.

Aiman memberitahu dia selesa menetap di Kuala Kubu Bharu dan menyifatkan kawasan itu tenang dan bebas daripada sebarang kesibukan.

“Kawasan yang sangat selesa dan tidak sesak namun tidak jauh jika hendak berulang-alik ke Kuala Lumpur.

“Saya lihat Kuala Kubu Bahru kawasan sesuai untuk hidup tenang bersama isteri," ujarnya.

Screenshot 2025-02-15 233141.png

Untuk rekod, Aiman dan isterinya iaitu Che Syarah Haifa mendirikan rumah tangga pada 27 April 2023.

Sumber – mstar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 16-2-2025 06:07 PM
apesal rentung aiman tino ni skrg?? Gambar dulu aiman tino, gambar skrg aiman hitam
Quote Carcosa 16-2-2025 07:25 PM
80k?
Cukup ke Renovation 80k? Nmpk azab sgt rumah tu.
Quote zuriey 16-2-2025 10:11 PM
i suka betul kuala kubu ni
Rasa lps pencen nak duduk sini
Tenang sgt2
Semua office gomen ada dkt sana so senang urusan dan tak ramai org
Sungai pun byk time bosan boleh pg mandi2
Quote adeqbun 16-2-2025 11:00 PM
Carcosa replied at 16-2-2025 07:25 PM
80k?
Cukup ke Renovation 80k? Nmpk azab sgt rumah tu.

Haha 80k tu tang dapor je kot...mna cukup dek..allout ko kene kambus tu...dgn jiran suka suki psg ekon keluar laman rumah..
Quote PULANGKAN 17-2-2025 04:30 AM
hokeypokey replied at 16-2-2025 06:07 PM
apesal rentung aiman tino ni skrg?? Gambar dulu aiman tino, gambar skrg aiman hitam

hobi heols memancing. laut la kut
Quote Shayang 17-2-2025 07:38 AM
hokeypokey replied at 16-2-2025 06:07 PM
apesal rentung aiman tino ni skrg?? Gambar dulu aiman tino, gambar skrg aiman hitam

Dia kan suka memancing
Kena pakai mask dan sapu lebih skit sunscreen laa dek eman
Quote cmf_premierleag 17-2-2025 07:45 AM
Ok lah tu KKB.....aku pun suka je KKB
.kalo hujan, konfem kabus2 tebal gitu esp kt area kaki bukit banjaran titiwangsa
Dgn tenang, aman, no pollution..nk gi KL pun dekat la gak lalu hiway
Syabas dik eman sbb buat keputusan yg bijak dr awal
Rumah busuk no hal..bleh je renovate blk
Zmn skang dh byk kontraktor n arkitek buat projek rumah busuk jd lawa.
Quote shernazz 17-2-2025 07:53 AM
Iols dapat rumah tak berapa busuk pung dah around tu juga nak repair..huk3..
Syabas dek...
Quote A-Are 17-2-2025 08:16 AM
Ya KKB memang tenang, i ols suka makan nasi ayam kat situ..apa tah namanya sebelah traffic light...dekat dgn batang kali tempat berkelah best banyak sungai, nk ke KL pon idokla dekat tp bukan lah jauh sangat...orang kalau dah biasa duduk tempat x bz, mmg xkisah kalo x stay KL pon...lagi plak dia bukan jenis kerja 9am - 7p...so oklah
Quote Sesuatu… 17-2-2025 10:26 AM
Mahal jugak rumah busuk dia ek
Quote sleepandream 17-2-2025 04:59 PM
zuriey replied at 16-2-2025 10:11 PM
i suka betul kuala kubu ni
Rasa lps pencen nak duduk sini
Tenang sgt2

si aiman ni kan kaki pancing... mmg sesuaila duk situ


Quote pocongkiutss 17-2-2025 05:06 PM
Circa 2010 , 290k dah leh dpt semi d belah kkb tu
Quote syamzana 17-2-2025 05:40 PM
rumah busuk camni kene cash berkepok utk jd wangi. bagi iols ok je, blh all out reno kat dlm tu.
cuma yg tak brp best kalau umah kiri kanan dan satu lane still busuk...huduhnya laa view memandang
reno seadanya blh sewakan pun ok jugak
Quote kitaserupaaa 18-2-2025 12:40 AM
Aku suka tgk post2 kat socmed rumah subsale / rumah busuk yg dimake over. Aku pun terjebak juga beli rumah subsale basic sebab konon nak rumah landed, pas tu nak make over diy and sewa or buat homestay. Tapi kekangan masa & kemalasan menyebankan hampir 2 tahun bayar loan je tanpa sewa kepada sape2 kos basic repair 1 rumah pun almost rm15k.
Quote amyfaha 18-2-2025 03:02 AM
Aiman ni xdr job. Camnerrr dia survive ek. Pelik2 la theyolll ni
Quote kuzaime 18-2-2025 07:13 AM
Ada terbaca komen2 kat 1 page kat fb nun yg letak artikel dia beli rumah ni, wallahu'alam sebab cam ramai pulak yg pertikaikan harga beli tu 1 sebab kawasan & 2 sebab rumah pun dah usang bertahun terbiar.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.052237 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top