PETALING JAYA – Tindakan pantas seorang rakyat Malaysia berjaya menyelamatkan nyawa seorang lelaki warga Sri Lanka daripada lemas, dalam kejadian di lokasi Air Terjun Diyaluma di Colombo, Sri Lanka. Sewaktu kejadian, wanita tersebut dikenali sebagai Farah Putri Mulyani berada di dalam air serta sedang merakam video suasana lokasi tarikan berkenaan. Bagaimanapun, dia dikejutkan keadaan kecoh dan seorang lelaki menjerit nama seseorang di kawasan air terjun tersebut. Farah Putri bertanya kepada lelaki tersebut dan terus menyelam ke dalam air bagi menyelamatkan mangsa serta membawanya naik ke atas. “Berlaku di Air Terjun Diyaluma. Saya selamatkan individu daripada lemas. Kejadian ini mengubah trip saya. “Saya berpendapat lebih ramai orang perlu sedar tentang bahaya air terjun kerana ada kolam yang boleh menyebabkan jatuh begitu dalam serta tiada arus di bawahnya untuk bantu berenang.
“Sekiranya anda bukan seorang perenang, ia meletakkan nyawa anda lebih bahaya,” katanya pada hantaran Instagram. Pada ruangan komen, ramai yang memuji tindakan Farah Putri apabila pantas menyelamatkan lelaki tersebut.
|
borne replied at 15-2-2025 08:38 PM
Esok2 ada la yang tanya ustad janggut tu. Apakah hukumnya menyelamatkan lelaki bukan muhrim dari le ...
supernaturalee replied at 15-2-2025 08:40 PM
Kann
Dgn komen2 terpaling syumul kt FB dgn YouTube
borne replied at 15-2-2025 08:38 PM
Esok2 ada la yang tanya ustad janggut tu. Apakah hukumnya menyelamatkan lelaki bukan muhrim dari le ...
Carcosa replied at 15-2-2025 10:26 PM
Haram tetap harammm, katanyeh nnti oleh ustad2 terlebih alim. Niat tak menghalolkan caraaa. Ha giche ...
mizterpaling88 replied at 16-2-2025 04:14 AM
power la dia ni. awareness bagus. nasib baik sri lanka bkn india. kalo india, mau semua india pura2 ...
borne replied at 15-2-2025 12:38 PM
Esok2 ada la yang tanya ustad janggut tu. Apakah hukumnya menyelamatkan lelaki bukan muhrim dari le ...
Decaffeinated replied at 16-2-2025 05:37 PM
Sri Lanka ni ada 3 'kaum' - Sinhalese, Tamil dan Muslim.
Kalau di India tu kaum mana yang kuat me ...
ADVERTISEMENT