CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu kereta Axia berwarna putih yang membuat pusingan beratus kali dari pagi sampai malam di Bulatan Mahkota disahka berpenyakit skizofrenia

15-2-2025 04:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1585| Komen: 21|Original author: YgBenar

 


KLUANG - Pemandu kereta Axia berwarna putih yang dikatakan membuat pusingan beratus kali di Bulatan Mahkota, di sini yang videonya tular disahkan mengalami penyakit skizofrenia.


Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an itu sedang menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini, bagi penyakit terbabit.

Jelasnya, lelaki terbabit juga masih mendapat rawatan di sebuah klinik dan pernah menerima rawatan penyakit mental di Hospital Permai, Johor Bahru pada 2020 dan 2021.

"Pada jam 8.20 malam Khamis, polis menerima laporan berhubung kejadian itu. Kenderaan terbabit berjaya dihentikan anggota polis kira-kira 10 minit kemudian.

"Tiada sebarang kemalangan dan kecederaan dilaporkan berlaku. Siasatan dilakukan mendapati kereta Axia yang dipandu itu milik abang kepada lelaki terbabit," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Bahrin memaklumkan, pihak keluarga dinasihatkan tidak membenarkan lelaki terbabit keluar rumah tanpa ahli keluarga selain dilarang memandu kenderaan.

Sebelum ini, seorang pemandu Perodua Axia dikatakan memandu mengelilingi Bulatan Mahkota di Kluang, beratus kali bermula dari pagi hingga malam.

Menerusi video tular berdurasi 57 saat itu, jelas memaparkan kereta terbabit membuat pusing sambil menyalakan isyarat 'double signal' atau lampu isyarat


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 15-2-2025 05:27 PM
Ingat ada Komen sesapa kenei.
Quote grouper 15-2-2025 05:33 PM
Ini baru betul ada kad oku...
Quote bebulu 15-2-2025 05:58 PM
Dah kalau berpusing dari pagi sampai ke malam, idak ke rasa lapar atau nak ke tandas.
Kesian nya. Apa gamak nya yang ada dalam fikirannya tu?
Quote imransulaiman 15-2-2025 06:03 PM
Keluarga tak datang menolong ke?

Jimat juga Axia ni ye...minyak tak habis dari pagi sampai ke malam
Quote menjad 15-2-2025 06:11 PM
Org yg ada skizo nih bila smpai time hyper akan berjln x berhenti. Xpeduli apa dia akan buat jerrrr
Quote FOTHER-MUCKER 15-2-2025 06:51 PM
Tak merasa dizzy pula dia memandu di roundabout dari pagi sampai malam
Quote PULANGKAN 15-2-2025 07:32 PM
imransulaiman replied at 15-2-2025 06:03 PM
Keluarga tak datang menolong ke?

Jimat juga Axia ni ye...minyak tak habis dari pagi sampai ke malam ...

itula, iols pulak tiba2 berminat dengan spec axia ni

indirect ads pulok
Quote Decaffeinated 15-2-2025 08:13 PM
Tu pasal jangan memain dengan orang gila, mereka memang luar biasa.
Quote syamzana 15-2-2025 08:19 PM
bebulu replied at 15-2-2025 05:58 PM
Dah kalau berpusing dari pagi sampai ke malam, idak ke rasa lapar atau nak ke tandas.
Kesian nya. A ...

dah nama pun mental chuols...lapa dahaga kencing berak sume tak igt dah. jenuh berpusing2 roundabout tu, kesian kereta pening

bahaya la biarkan org tak brp betul drive kereta ni. kes akak kat dungun (tp xdak oku card) pun tak stabil mental habis anak org kene langgar mati. kes abg kat kemaman bwk moto masuk pasar tani, mujur takdak org mati tp jd kes sedih plak.

fmly mmg kene cakna lebih la kalau ada org camni dlm fmly. mmg letih iols rasa nak jaga, serba tak kene. kurung kan langgar hak asasi manusia, lepas camni plak jadinya.
Quote Kitty_catz 15-2-2025 08:20 PM
teringat dedulu ada nick DatinAxia kat dlm porem ni , mana tah pegi nick tu,  kena benam kut  @Samerosie ?

baru nak suruh DatinAxia review keta axia nehh


Quote borne 15-2-2025 08:34 PM
Gile ke BBNU sekarang ni baca berita macam sial.  
Quote Belibis 15-2-2025 08:43 PM
Persoalannya..siapa yang terpaling free ada masa kira axia tu berpusing2?
Quote netto_ 15-2-2025 09:07 PM
Dr malam smpai pagi ke? Nasib x berlanggar dgn sape2. Kalu belanggar gado2 bagai kang kot ade kene tikam lg haru
Quote dua_chzy 15-2-2025 09:14 PM
Belibis replied at 15-2-2025 12:43 PM
Persoalannya..siapa yang terpaling free ada masa kira axia tu berpusing2?

Orang yang sama mental macam driver tu. Maybe autistic sebab tu tahan mengira lama.
Quote Carcosa 15-2-2025 10:33 PM
Org tu dah mmg schizo, yg celakanya family dia lah.
Kunci kereta sorokkan la bangang. Kang terlanggar anak org, bapak org, mak org, Ujung2 kau mintak maaf je. Yg schizo dah mmg schizo.
Susah sgt, kau simpan kunci kereta dkt cikpet or ciknek ko. Family ko, ko lah jaga. Kesian dkt family orglain yg takde kena mengena dgn famili ko. Sorry not sorry.
Quote naina 15-2-2025 11:48 PM
Axia memang jimat oi
Aku terkejut dengar biras aku cerita dia sepnt Axia sebulan rm60 jerrrr hantar ambik anak sekolah dengan pergi kerja.
Aku punya rm60 tu tahan seminggu je
Dia bantai sebulan jerrrr
Quote Jitu 16-2-2025 12:25 AM
mujur takde apa2 buatnya dia pergi langgar kete2 lain naya je
Quote Freezies 16-2-2025 12:49 AM
Mania la tu...
Quote anony-mous 16-2-2025 12:50 AM
Ramainya org mental bawa kereta skrg. Ghisau

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.041779 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top