CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak perlu lantik menteri hal ehwal bukan Islam, Menteri Perpaduan patut buat kerja - Asyraf Wajdi

14-2-2025 07:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23408| Komen: 6|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-14 003807.png


PUTRAJAYA: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa semua pihak menghormati Perlembagaan Persekutuan terutama berkaitan Perkara 3 berhubung kedudukan Islam dan Raja-Raja Melayu.

Mengulas cadangan supaya kerajaan melantik seorang menteri bagi hal ehwal agama bukan Islam di peringkat Persekutuan, beliau menegaskan tiada keperluan untuk berbuat demikian.

Sebaliknya, beliau berkata, tugas terbabit sepatutnya dilaksanakan Menteri Perpaduan.

"Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa, Islam adalah agama Persekutuan (Perkara 3), tetapi ia juga menjamin kebebasan beragama untuk semua (Perkara 11).

"Namun tiada peruntukan yang menyediakan tatacara khusus pengurusan agama selain Islam," katanya menerusi perkongsian di Facebook hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui, mencadangkan supaya portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua.

Yu Hui (PH-Raub) ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja menyarankan ia dipecahkan kepada portfolio untuk urusan agama Islam dan satu lagi hal ehwal bukan Islam.

Cadangan Yu Hui turut dibidas pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz, yang menegaskan dokumen sejarah Perlembagaan tidak pernah membincangkan mengenai pelantikan menteri untuk agama bukan Islam, berbanding kedudukan Islam yang jelas dinyatakan dalam Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan penubuhan institusi Islam.

Jelasnya, Perkara 77 Perlembagaan Persekutuan meletakkan urusan agama bukan Islam di bawah kuasa negeri, manakala Islam mempunyai struktur pentadbiran tersendiri melalui Majlis Agama Islam Negeri yang ditubuhkan berdasarkan undang-undang negeri masing-masing.

Kredit -– BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Farnor 14-2-2025 12:57 AM
Dr. Asyraf ni ok kan? .. Dia jalan kan tugas sbg menteri MARA.
Quote DeLuna85 14-2-2025 11:16 PM
Kerajaan skrg ni memang menyakitkan hati. Macam2 dia nak ubah.
Quote Skuau 14-2-2025 11:26 PM
DeLuna85 replied at 14-2-2025 11:16 PM
Kerajaan skrg ni memang menyakitkan hati. Macam2 dia nak ubah.

rakyat yg MEMILIH untuk 'menyakitkan diri sindiri'
Quote hiswife 15-2-2025 07:14 AM
Tak payah nak tambah lagi menteri. Menghabiskan tax payer money n hasil negara nak bayar gaji, elaun n pencen nanti. Yg sedia ada dah cukup
Quote Purestteam1 15-2-2025 07:50 AM
dah jadi kerajaan pun masih x ngam/bercanggah
Quote Decaffeinated 15-2-2025 08:01 AM
Menteri agama islam tu menteri perpecahan ka?

Perlembagaan Malaysia tu sesuai untuk realiti semasa ia ditulis, banyak dalam tu yang perlu di ubah dah. Tekanan akan datang dari luar.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.172871 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top