CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aina Abdul kedekut beli barang mewah, lagi suka ‘menyelam’ cari baju bundle

14-2-2025 07:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6550| Komen: 0|Original author: Raline

an.PNG


Dilihat seolah-olah sanggup berbelanja besar semasa melakukan persembahan pentas dan menghadiri acara hiburan, penyanyi Aina Abdul rupanya seorang wanita yang ringkas dan tidak kisah membeli pakaian terpakai atau bundle.

Kata Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 32, ramai peminat tidak mengetahui sisi lain dirinya yang gemar menghabiskan masa berjam-jam 'menyelam' atau memilih pakaian di kedai bundle apabila ada waktu terluang.

"Saya hanya berbelanja apabila menjadi Aina Abdul, bila keluar dari Aina Abdul orang anggap saya masih artis dan beli barang mewah tapi sebenarnya saya tak berbelanja langsung.

"Saya pakai apa yang ada saja dan baju saya masih beli di bundle. Saya sangat kedekut kalau menjadi Nurul Aina.

"Baju saya tak akan beli mahal, saya akan habiskan masa berjam di bundle. Itu yang orang tak tahu mengenai saya," kongsinya.


Aina berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual di Syok yang dimuat naik di saluran YouTube.

Berkongsi lebih lanjut mengenai sikapnya yang kurang gemar berbelanja, Aina berkata dia hanya memiliki dua beg tangan mewah sejak bergelar artis.

Jelasnya, beg tangan tersebut dibeli selepas dipaksa rakan-rakan yang memikirkan penampilannya sebagai individu dikenali ramai.


"Secara peribadi saya hanya ada dua beg mewah tapi itu pun saya dipaksa beli kerana mereka kata saya perlu ada walaupun satu.

"Waktu nak bayar itu memang fikir banyak kali, mahalnya! Berbaloi ke? Selepas beli dua beg saya rasa cukup, dan saya pun jarang pakai beg itu," jelasnya.

Penyanyi lagu Jangan Mati Rasa Itu ini turut memberitahu dia tidak peduli dengan tanggapan netizen yang melihatnya tidak seperti seorang selebriti apabila berada di tempat umum.



Malah, dia mengakui lebih selesa memakai sesuatu yang tidak menjadi tumpuan ramai selain beranggapan tidak berbaloi sekiranya perlu berbelanja mewah jika perkara itu bukan melibatkan hal kerja.

"Bagi saya itu semua tak penting untuk saya, mungkin orang dekat luar nampak saya tak macam artis tapi bagi saya hari-hari lain saya sudah menjadi artis.


"Bila hari cuti saya akan pakai apa-apa saja barang atau beg walaupun tak nampak macam gah... saya tak kisah.

"Mudah jalan dan tiada yang pandang," luahnya.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.135463 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top