![]()
Kehidupan mereka berbeza dibandingkan wanita bekerja yang mempunyai peluang berinteraksi dengan orang luar. Kesimpulannya, tugas seorang suri rumah tidak pernah selesai bermula dari bangun tidur sehingga melelapkan mata di malam hari. Perkongsian seorang suri rumah di aplikasi Threads menjadi perhatian apabila mengakui dirinya kini seakan hilang semangat untuk meneruskan rutin harian. Menurut wanita itu, dia berasa rendah diri dan hilang keyakinan untuk bersosial apatah lagi untuk berinteraksi dengan dunia luar kerana khuatir tersilap cakap dan kelihatan bodoh di mata umum. “Hai korang yang fulltime housewife, boleh tak beri kata semangat pada aku hari ini. Entah la, makin lama aku rasa macam moral down. "Nak bergaul pun rasa tak ada keyakinan diri. Apatah lagi bercakap dengan orang lain kerana risau tersilap cakap dan nampak tidak cerdik. Kenapa ya? Mohon bantuan,” tulisnya. Menerusi ruangan komen, individu itu berkata perasan sebegitu timbul mungkin disebabkan terlalu lama terikat dengan rutin sama setiap hari. Dia jarang berjumpa atau bermesra dengan orang lain sebaliknya hanya menghabiskan masanya di rumah untuk menguruskan keperluan keluarga dan anak-anak. Situasi itu bahkan membuatkan dirinya hilang minat untuk melakukan sebarang aktiviti yang pernah menjadi kegemarannya. “Mungkin terlalu lama saya stick dengan rutin yang sama. Jarang jumpa orang luar dan di rumah asyik jadi ‘tarzan’. “Saya pun dah tak ingat apa yang saya suka buat. Mungkin saya perlu cari diri saya semula,” ujarnya. Bagaimanapun dia menegaskan dirinya bukan tidak bersyukur dengan nikmat bergelar suri rumah, cuma ada ketika berdepan tekanan. Jelasnya, dia memerlukan sistem sokongan yang kuat untuk mendorong dirinya kembali bersemangat. “Saya bersyukur dengan segala nikmat yang saya dapat, cuma ada kalanya mungkin rasa tertekan dengan keadaan. “Mungkin kerana support system saya yang kurang. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita,” luahnya. Suri rumah perlu bijak mengurus beban kerja yang tidak pernah selesai. Gambar hiasan Perkongsian wanita ini mendapat perhatian warganet malah ramai yang dapat menyelami hati dan perasaannya. “Janganlah rasa down, cari kawan borak, boleh DM saya. “Saya dapat rasakan apa yang awak sampaikan kerana pernah mengalami perkara sama. “Faham, sebab kita tak ada dunia luar, hari-hari dekat rumah saja. “Pernah lalui juga, kadang-kadang terfikir kesian orang perempuan ni macam mental torture pun ada,” antara komen warganet. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT