Menurut Che Ta lagi, dia menyifatkan arwah Muhammad Aisy Al Rees seorang bayi yang sangat baik dan luar biasa serta mengatakan ianya pinjaman yang penuh kenikmatan. “Dalam galeri telefon mak ngah ni banyak sangat gambar baby Raees. Setiap hujung minggu, kalau Raees tak mai KD, mak ngah akan pi Seremban. “Baby yang sangat baik, terlalu baik, luar biasa. Mummy & Daddy (Ayu dan Zaquan) sangat beruntung dikurniakan anak syurga ini. Pinjaman yang penuh kenikmatan. #6bulan9hari. Beruntungnya Ayu dan Zaquan, empat orang anak syurga dah menanti di sana.“katanya. Sementara itu, Che Ta berkata pada pada Selasa lalu mereka dapat tidur bersama anak syurga itu buat kali terakhir dan turut mengucapkan selamat jalan buat baby Raees. “Semalam, dapat juga kami semua tidur dengan baby Raees untuk kali terakhir. Selamat jalan anak syurga. Damailah mu disana sayangku, Muhammad Aisy Al Raees bin Mohammad Zaquan Adha” tulisnya. Selasa lalu, anak bongsu Ayu dan Zaquan, Muhammad Aisy Al Rees berusia enam bulan meninggal dunia ketika tidur. Sumber – Rotikaya
|
asfaz replied at 13-2-2025 11:58 PM
kenapa 4? ayu pernah gugur ke sebelum ni?
salam takziah ayu dan zakuan
allshares replied at 14-2-2025 01:33 AM
I rasa it's ok kalau mak pak anak yg meninggal sendiri yg ckp (Zaquan n ayu) but it's not really oka ...
DARSITA replied at 14-2-2025 04:09 AM
Walau ada 4 emak ayah tetap jugak kena beramal ibadat banyak banyak bukan ada 4 dpt tiket percuma k ...
ADVERTISEMENT