Itulah yang dilakukan oleh seorang majikan apabila memberikan gaji bernilai RM12,000 sebulan kepada pekerjanya. Menerusi video di TikTok @pemborongemasbangkok, dapat dilihat seorang wanita yang merupakan majikan mengumumkan nama pekerjanya yang berada di tangga pertama yang berjaya mendapat gaji sebanyak RM12,126.40. Melalui perkongsian tersebut, majikan berkenaan mengumumkan pekerja bernama Salma berjaya memperolehi ganjaran gaji sedemikian. Pekerja Rajin Buat Live & Video Jual Barang Malah, kedengaran majikan berkenaan memuji Salma yang berjaya mencapai target serta rajin ketika bekerja. “Untuk Salma, tahniah! Komitmen, full attendance (kehadiran penuh), rajin live lagi, rajin buat video, rajin cari barang. Jadi tahniah, inilah orang panggil usaha tidak mengkhianati hasil,” jelasnya. Dapat dilihat, majikannya itu menyampaikan gaji dalam bentuk wang tunai kepada Salma di hadapan pekerja yang lain. Salma juga dilihat menangis terharu dengan ganjaran yang diberikan oleh bosnya itu. Video yang telah mendapat lebih 396,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial. Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri apabila melihat situasi tersebut. Ada yang meluahkan rasa gembira dan teruja apabila melihat pekerja itu menerima gaji lebih RM12,000. Namun, ada juga yang berpendapat itu hanyalah sekadar konten dan bukanlah gaji sebenar pekerja berkenaan. Tidak kurang juga ada yang mempersoal motif majikan tersebut memberikan gaji secara tunai. Bukan Sekadar Konten, Memang Bos Bagi Pekerja Gaji RM12,000 Menerusi video terbaharu yang dikongsikan di TikTok berkenaan, majikan yang dikenali sebagai Nadzirah itu tampil memberi penjelasan mengenai hantaran yang tular. Jelasnya yang merupakan peniaga barang kemas bangkok itu, dia menerima segala pandangan sama ada baik atau buruk dari warganet. Malah, bagi menjawab persoalan orang ramai yang itu hanyalah sekadar konten semata-mata, Nadzirah telah menemu bual Salma dan pekerja lain yang turut mendapat ganjaran lebih kurang sama. Jelas Salma, video tular itu bukanlah sekadar konten sebaliknya itu sememangnya gaji yang diperolehi olehnya pada bulan Januari lalu. Kongsi pekerja itu lagi, bosnya itu tidak pernah meminta wang berkenaan untuk dikembalikan semula. “Untuk RM12,000 itu memang betul gaji saya. Bulan (Januari) lalu saya betul-betul push up untuk buat video, cari barang, add produk. Dari situ alhamdulillah saya dapat RM12,000. “Apa yang bos bagi kami memang dia tak pernah minta balik, apa lagi itu gaji kami. Kami punya usaha, memang untuk kami,” kongsi Salma lagi. Pekerja Lain Turut Mengakui Bos Memang Bagi Gaji Banyak Tidak hanya itu, pekerja yang berada di tangga kedua, ketiga dan keempat juga turut mengakui bos mereka sememangnya memberi gaji yang banyak sebagai menghargai penat lelah selama ini dan tidak pernah sekalipun meminta kembali gaji yang telah diberi. “Kami terima (gaji) bulat-bulat. Satu sen tidak diminta. Ada yang cakap kami buat konten. “Duit yang kami terima dari bos kami adalah hasil kerja keras kami bekerja dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah malam,” jelas pekerja itu. Sasar Nak Beri Gaji Pekerja RM20,000 Seorang Di akhir video berkenaan, Nadzirah menjelaskan sasarannya pada bulan ini dan seterusnya mahu menggajikan pekerjanya dengan gaji sebanyak RM20,000 sebulan. “Insya-Allah next target saya untuk bulan (Februari) ini dan seterusnya ialah menggaji diorang RM20,000 satu bulan untuk seorang,” kongsinya.
|
zehra2 replied at 13-2-2025 08:17 AM
betul epf socso bayar tak
kang balik kena rompak cash tu.. kalo cedera bulih claim ke..
dengan boss ...
zehra2 replied at 13-2-2025 08:17 AM
betul epf socso bayar tak
kang balik kena rompak cash tu.. kalo cedera bulih claim ke..
dengan boss ...
Kitty_catz replied at 13-2-2025 10:30 AM
lahh tak le banyak rm12K/mo tu noks, kut caruman pcb rm12K/mo baru layak membongak..
Samerosie replied at 13-2-2025 02:48 AM
12k/m dalam rm55k gross salary. Mokcik kayo...
shernazz replied at 13-2-2025 09:43 AM
Jiran iols anaknya dinasihatkan berhenti sebab live tak ramai orang..jualan tak bagus
Dia keje compa ...
ADVERTISEMENT