CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

JAIS sahkan artis ditangkap khalwat, tapi bukan Nadeera Zaini

13-2-2025 08:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28924| Komen: 6|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-13 011421.png


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan kes tangkapan khalwat membabitkan seorang selebriti, pada Selasa namun, menafikan individu terbabit adalah penyanyi, Nadeera Zaini.

Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nur Syamira Md Suffri berkata, Nadeera bukan individu yang ditahan dalam kes khalwat itu.

"JAIS sahkan tangkapan (khalwat) berlaku semalam (Selasa), namun, tidak membabitkan Nadeera seperti didakwa," katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Nur Syamira tidak memperincikan kes tangkapan khalwat terbabit.

Petang tadi, laman sembang kecoh apabila berita seorang penyanyi yang juga bekas peserta program realiti didakwa ditangkap khalwat bersama kekasih berstatus suami orang di rumah sewa mereka, kira-kira 2 petang Selasa.

Berikutan itu, timbul spekulasi penyanyi terbabit adalah Nadeera yang popular dengan lagu Bukan Lagi Kita.

Bagaimanapun, gosip itu ditepis pengurus Nadeera dikenali sebagai Acap yang mempertahankan penyanyi itu, selain menafikan Nadeera terbabit dengan aktiviti tidak bermoral.

Acap dilapor menjelaskan ketika tangkapan pihak berkuasa itu, Nadeera sibuk menjalani latihan menghadapi Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Ahad ini. Pada AJL 39, Nadeera mempertaruhkan lagu popularnya, Bukan Lagi Kita.


Sumber -  Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LembingDayanti 13-2-2025 01:30 AM
gitu lahhh taktik nak org hype dia utk ajl ye? make sure kalahkan aina tau sebab zoners akan hanto pisang ke semua surau kalau ana kalah hahahahhaha
Quote exclusive_vvip 13-2-2025 06:55 AM
dlm gmbr ni mcm muka sharifah langit ke tujuh tu..
Quote imransulaiman 13-2-2025 11:35 PM
Kenapa pesen leher baju dia selalu macam tu?
Quote lasagna 14-2-2025 08:51 AM
kesian ko dik kena pitenoh..
Quote dekmieDandy 14-2-2025 09:08 AM
muka dia macam ada sorang budak laki tu, tapi aku tak boleh nak recall betul nama dia
Quote sharlenetexas 14-2-2025 08:30 PM
Nasib baik sheols tak cincot dan pasang loyar saman hantar LOD kat acik2 forum yang tuduh dia. Berat tuduhan tu.



Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.031613 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top