Usahawan Noor Nabila menegaskan percutiannya bersama bekas suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad serta anak mereka, Jebat Jayden turut ditemani dua lagi individu.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Nabila berkata percutian mereka di Perancis berlima dan menyewa sebuah rumah yang mempunyai beberapa bilik.
“Bawa anak bercuti bersama, kami ini datang bercuti lima orang dan duduk serumah bukan sebilik,” tulisnya.
Sementara itu, Nabila turut menasihati netizen untuk tidak masuk campur urusannya sebaliknya fokus dengan kehidupan sendiri.
“Netizen jangan nak tentukan masa depan orang. Elok itu, elok ini. Kalau awak semua tahu sangat masa depan, lebih baik atur hidup sendiri dan bukan tentukan hidup orang,” katanya.
Terdahulu, Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan bekas suaminya serta menjelaskan hubungan mereka hanya kawan dan meminta untuk menjadi netizen cerdik.
Sumber - Rotikaya
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|