CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Dia Pegang Bahu, Cakap Saya Belum Lagi Dilabel Banduan” - Along Cham

13-2-2025 08:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27937| Komen: 3|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-13 010003.png


Pelawak Along Cham menyifatkan pengalaman lebih sebulan berada di dalam tahanan Penjara Sungai Buloh sebagai detik menginsafkan.

Menerusi temu bual bersama satu podcast, Along berkata penjara bukanlah tempat menakutkan seperti yang diperkatakan kebanyakan orang.

“Pengalaman saya ketika berada di ‘madrasah’ Sungai Buloh (Penjara Sungai Buloh) saat terbukanya tirai besi, macam-macam perasaan saya.

“Kita sebelum ini dimomokkan dengan pelbagai cerita tetapi tidak sangka, saya disambut dengan senyuman anggota mengawal. Mereka beri semangat. Dalam penjara, banyak pengajaran dan input saya dapat,” katanya.

Sementara itu, Along turut berkongsikan dia didatangi Timbalan Pengarah Penjara Sungai Buloh untuk memastikan dia berada dalam keadaan baik serta turut memberikan semangat dan nasihat buatnya.

“Sampaikan pihak atasan, iaitu Timbalan Pengarah Penjara Sungai Buloh datang berjumpa saya pada hari kedua saya di sana. Dia mahu pastikan saya tidak mengalami masalah mental dan sebagainya,

“Timbalan Pengarah itu datang untuk berjumpa saya sehingga buatkan saya rasa terperanjat. Perkara pertama dia buat ketika berjumpa, dia pegang bahu saya dan cakap saya belum lagi dilabel banduan. Dia mahu saya selepas keluar dari sini jadi lebih kuat.

“Bayangkan Timbalan Pengarah Penjara Sungai Buloh yang datang cakap pada saya begitu. Dia cakap selagi saya tidak buat salah dalam penjara, mereka tidak akan berkasar dengan saya,” katanya.

Sebelum ini, Along melakukan sujud syukur selepas Mahkamah Sesyen Sepang melepas tanpa membebaskannya (DNAA) atas satu pertuduhan memiliki dadah disyaki kanabis.


Sumber - Kosmo, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DARSITA 13-2-2025 01:05 AM
“Sampaikan pihak atasan, iaitu Timbalan Pengarah Penjara Sungai Buloh datang berjumpa saya pada hari kedua saya di sana. Dia mahu pastikan saya tidak mengalami masalah mental dan sebagainya,


Harap Timbalan Pengarah jumpa setiap banduan baru ya. Jangan pilih kasih.
Quote sleepandream 13-2-2025 01:49 AM
tak boleh play pun youtube?

Quote Zeelalala 13-2-2025 01:52 AM
jadi kira best lah kekdahnya masuk penjara tu? Ni sorang lagi bahlul...yihhhh

Aku emosi pula baca mcm2 subuh2 ni

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.220666 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top