Suami kepada Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang mempunyai alasan tersendiri untuk menghalang pelakon dan penyanyi itu daripada terus bergiat aktif dalam dunia seni.
Kata Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai, dia gembira dengan perkara tersebut memandangkan Fatin Afeefa dapat meluangkan lebih banyak masa selain membesarkan sendiri anak-anaknya.
“Saya rasa lebih baik isteri duduk dekat rumah dan besarkan anak-anak. Fatin juga merupakan ibu yang menakjubkan. Walaupun dia tidak pernah menang sebarang anugerah dalam industri, tetapi setiap hari dia menang sebagai isteri dan ibu terbaik.
“Semestinya saya sangat gembira dia duduk di rumah. Siapa sahaja tidak suka apabila setiap hari dilayan seperti raja, sediakan makanan, buat kopi dan mendengar arahan kita sahaja?
“Tidak perlulah dia kembali (ke industri). Bukannya di bayar rumah ataupun bil. Itu semua saya yang selesaikan. Jadi, isteri tidak perlu bekerja,” katanya kepada mStar.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|