CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Jennifer Coppen bimbang usia tak panjang, resah fikir nasib anak sebatang kara

11-2-2025 10:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18074| Komen: 1|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-11 101049.png


PELAKON Jennifer Coppen resah memikirkan nasib anak perempuannya andai nyawanya tidak panjang seperti suaminya yang meninggal dunia tahun lalu.

Jennifer atau Jennifer Rochelle Coppen, 24, berkata, dia bukan takut mati tetapi bimbang tiada siapa dapat menjaga anaknya iaitu Kamari yang baru berusia setahun.

"Saya memang takut dengan kematian tapi bukan takut mati.

"Saya bimbang kalau anak saya tiada siapa yang nak jaga. Dia nak duduk dengan siapa? Saya tiada adik-beradik.

"Ibu bapa saya sudah tua, ibu mentua saya juga sudah uzur. Kalau saya dan mereka sudah tiada, siapa mahu jaga Kamari?," katanya.

Screenshot 2025-02-11 101025.png


Dalam pada itu, Jennifer memberitahu dia sudah pun menyediakan hak penjagaan untuk anaknya sekiranya sesuatu berlaku kepadanya.

"Saya sebenarnya sudah menyediakan hak penjagaan anak saya, ia akan diuruskan oleh abang ipar saya dan isterinya," ujarnya.

Untuk rekod, Jennifer dan Dali Wassink mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2023 namun suaminya meninggal dunia pada 18 Julai 2024.

Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Kamari Sky Wassink yang kini berusia setahun.

Baru-baru ini, Jennifer secara terbuka mendedahkan dia menghamilkan Kamari sebelum dia dan arwah suaminya bernikah

Sumber –  mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cpkay 12-2-2025 09:13 AM
dont worry mamari.. ramai sayang kamari..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.038071 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top