CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Baju Melayu simbol maruah bangsa, harus bangga’

11-2-2025 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19560| Komen: 5

 


MENJUNJUNG adat, mempertahankan budaya. Itulah tekad pelakon dan penerbit tersohor, Datuk Rosyam Nor dalam mengangkat martabat busana warisan bangsa.

Sebagai seorang yang cukup sinonim dengan karakter maskulin dan penuh wibawa, pemilik nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin itu mahu melihat orang Melayu, khususnya anak muda lebih menghargai identiti mereka.

Atas kapasiti pemikir seni yang tidak gentar menyuarakan kebenaran, Rosyam melihat baju Melayu sebagai satu rekaan penuh falsafah yang seharusnya terus dijulang dalam arus pemodenan.


“Baju Melayu adalah satu ciptaan istimewa yang diwariskan oleh generasi terdahulu. Ini ‘jubah’ orang Melayu! Kalau kita perhatikan, setiap bangsa ada jubah mereka sendiri ketika menunaikan umrah. Namun, mengapa kita tidak berbangga dengan pakaian sendiri?

“Orang Melayu seolah-olah hilang identiti apabila lebih memilih jubah negara lain. Sedangkan di Indonesia, masyarakat mereka cukup berbangga dengan batik.

“Baju Melayu bukan sekadar sehelai pakaian tetapi manifestasi ketulenan bangsa. Lihat sahaja lima butang pada baju Melayu, itu bukan sekadar hiasan tetapi melambangkan lima rukun Islam,” katanya kepada HibGlam.

Biarpun masa beredar, pelakon filem KL Gangster 2 itu tetap optimis bahawa baju Melayu boleh terus relevan dalam arus fesyen moden tanpa mengorbankan keasliannya.

Paling penting kata Rosyam, jenama Bulan Bintang yang diasaskan oleh Azzim Zahid, 28, membuktikan bahawa generasi muda mampu meneruskan legasi dengan cara tersendiri.

“Jenama ini satu manifestasi keberanian anak muda dalam dunia fesyen. Mereka tidak sekadar mahu menjual pakaian tetapi membina satu legasi. Baju Melayu bukan sekadar pakaian perayaan tetapi simbol maruah bangsa yang harus kita pakai dengan penuh rasa bangga.

“Baju Melayu yang mereka hasilkan membawa satu nilai sentimental tinggi. Moden dalam potongan, namun masih mengangkat elemen klasik seperti pesak yang suatu ketika dahulu menjadi lambang keanggunan seorang lelaki Melayu.

“Semoga kehadiran saya sebagai duta bukan sahaja membantu jenama ini mencapai kejayaan, tetapi juga meniup kembali semangat cinta terhadap busana tradisi dalam kalangan anak muda,” ujarnya.

Dengan bajet kempen raya mencecah RM15 juta, Bulan Bintang tampil gah dengan barisan duta ternama seperti Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Datuk Remy Ishak, Nadhir Nasar, Mierul Aiman dan Johan Ghazali.

Turut menambah seri adalah barisan duta istimewa lain seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Joey Daud, Zamarul Hisham, Mimi Lana, Angeline Tan, Sabri Yunus, Zahirah Macwilson, Aiman Hakim Ridza serta Ain Edruce sekeluarga.

Tidak hanya terhenti di situ, Bulan Bintang turut mencipta kolaborasi bersama jenama gergasi seperti AirAsia, GB Gold, Hausboom, Tabung Haji, Kahf, Tealive, Tudung Ruffle, Russell Taylors, Mutu Case dan Mokkys Pizza.

Melangkah gagah dalam dunia fesyen, jenama itu membuktikan bahawa baju Melayu bukan sekadar pakaian tradisi tetapi warisan penuh makna yang harus terus dijulang tinggi. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 11-2-2025 06:07 PM
Nak memartabatkan warisan melayu, bahasa pun kena sama paras. Adab dan sopan pun kena seiring. Bukan caca marba..

Nampak sangat "pemikiran" tu disebabkan "job"
Quote KBW2 11-2-2025 06:13 PM
Dari mana datangnya pemerhatian yang orang Melayu Malaysia tak bangga dengan baju melayu? Selalu jah nampak orang Melayu pakai baju Melayu. Yang puang pakai baju kurung. Tak habis-habis nak puji orang sebelah bangga dengan batik.Pernah nampak orang perempuan Indo ke hulu kehilir pakai kebaya macam, kita pakai baju kurung? Batik tuh sekadar shirt jah weyh tak menepati pon pakaian tradisional. Sini pun ada batik.
Quote prince_marhaen 12-2-2025 11:33 AM
terpaling MELAYU.... hujung2 bahasa kau pun bahasa rempit, berlakon kalah omputih daripada muda semua watak romen2, watak tokan dadah slang cina, watak gangster petaling street, mat rempit... paling MELAYU, gunakan MELAYU bukak kedai runcit, tapi orang semua tau itu tokey cina punya kedai runcit/pasar, tapi guna nama kau as proxy & marketing.....mana martabat MELAYU kau? sudahlah tok syam.. kau pun lalang gak..
Quote yusryimran 12-2-2025 11:50 AM
aku kan, dari kecil aku x berapa suka berbaju melayu, sampai kena marah dengan arwah bapa pergi solat tak pakai baju melayu. Sudahnya sampai dah duduk luar ni pun tak ada nya nak apply baju melayu.. tetap juga solat seperti biasa alhamdulilah. sebab apa tau ada yg tanya dengan org lain aku ni agama apa sebab baju melayu pun x ada. aku hurmm duit aku kan gasaklah kan
Quote AbukRokok 12-2-2025 12:34 PM
m akan pupus diganti dgn k dan j

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.081989 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top