CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Bisnes pakaian dalam Song Ji Hyo tak menjadi, hanya terima dua ‘order’ sehari

11-2-2025 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 20657| Komen: 21|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-11 100531.png


PERCATURAN pelakon Song Ji Hyo melibatkan diri dalam dunia perniagaan pakaian dalam wanita nampaknya kurang mendapat sambutan pelanggan.

Menerusi program hiburan Running Man yang disiarkan pada Ahad lalu, para ahli rancangan berkenaan turut bimbang dengan perniagaan Ji Hyo apabila mendengar cerita mengenainya.

Pengacara Yoo Jae Suk pula mendedahkan, Ji Hyo, 44, berdepan cabaran apabila dalam sehari hanya satu atau dua pasang baju dalam yang terjual.


"Ji Hyo baru sahaja memulakan perniagaan tetapi dia sudah risau. Mana tidaknya, dia hanya dapat satu atau dua pesanan dalam sehari.

"Awak perlu bertahan Ji Hyo! Perniagaan adalah sesuatu yang awak perlu lihat dalam jangka masa panjang," katanya.

Enggan cepat mengalah, Ji Hyo membalas dia akan bekerja lebih keras agar perniagaan yang diusahakannya itu berjaya pada masa hadapan.


"Saya akan bekerja keras," ujarnya.

Untuk rekod, Ji Hyo melancarkan jenama pakaian dalam wanita miliknya pada Disember tahun lalu.

Sumber –  mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote suri33 11-2-2025 12:17 PM
Generasi yg layan runningman jihyo semua ni ada lg ke. Ke dah busy dgn keluarga tak sempat nak belek jualan celeb.
Quote PULANGKAN 11-2-2025 03:08 PM
suri33 replied at 11-2-2025 12:17 PM
Generasi yg layan runningman jihyo semua ni ada lg ke. Ke dah busy dgn keluarga tak sempat nak belek ...

running man dah tak best bertahun dulu.. lee kwang soo keluar, terus hambar

diorang semua try run business, tapi masing2 struggle jugak
Quote doubleA 11-2-2025 03:48 PM
K-netizen pun tak support ke, kenapa? Memang gigih running man pun promot. Harga kena competitive setanding quality kot, baru boleh tarik market. Biasa retis k sana terlibat dgn bisnes f&b kan
Quote doubleA 11-2-2025 03:48 PM
suri33 replied at 11-2-2025 12:17 PM
Generasi yg layan runningman jihyo semua ni ada lg ke. Ke dah busy dgn keluarga tak sempat nak belek ...

Iols layan je running man sampai skg, tapi layan show jela tak pernah beli barang retis korea nun
Quote _kelly 11-2-2025 08:09 PM
dia ni tua yang tak cantik..jenis malas exercise kot nampak gelebeh
Quote BoongaKertas 12-2-2025 10:56 AM
baru last weekend terbaca gosip sheols dgn mamat princess hours tu
Quote annehuda 12-2-2025 11:26 AM
BoongaKertas replied at 12-2-2025 10:56 AM
baru last weekend terbaca gosip sheols dgn mamat princess hours tu

cubaan menaikkan nama yg makin sendu kot. sbb sheols ngan mamat princess hours tu dulu mmg bercinta. siap bawak cherry dtg rumah mamat tu. la ni mamat tu plak tgh mendonia kt netflix. tp katenye family jihyo ni kaya gila tp ngape mcm desperado smpi jual bra
Quote BoongaKertas 12-2-2025 02:06 PM
annehuda replied at 12-2-2025 03:26 AM
cubaan menaikkan nama yg makin sendu kot. sbb sheols ngan mamat princess hours tu dulu mmg bercint ...

iols selalu rasa mamat tu tak reti berlakon. kejung gitu muka heols. ala2 kristen stewart versi lelaki korea. hahaha! tp iols pun rasa maybe cubaan nak naikkan nama kot.
Quote gideoncross 14-2-2025 12:52 PM
suri33 replied at 11-2-2025 12:17 PM
Generasi yg layan runningman jihyo semua ni ada lg ke. Ke dah busy dgn keluarga tak sempat nak belek ...

Aiol slh stu yg x prnah layan RM wlaupun bnyk org ckp lawak lh apa lh, iol dh cuba tngok tpi it's not my cup of tea
Quote gideoncross 14-2-2025 12:53 PM
annehuda replied at 12-2-2025 11:26 AM
cubaan menaikkan nama yg makin sendu kot. sbb sheols ngan mamat princess hours tu dulu mmg bercint ...

Mungkin sbb nak brdiri mnggunakn kki sndri, x nak brharap kat family 100%
Quote gideoncross 14-2-2025 12:54 PM
BoongaKertas replied at 12-2-2025 02:06 PM
iols selalu rasa mamat tu tak reti berlakon. kejung gitu muka heols. ala2 kristen stewart versi le ...

Plakon2 llaki dorg kejung2 pun still ada pminat lol, penangan brkulit cerah
Quote BoongaKertas 17-2-2025 08:36 AM
gideoncross replied at 14-2-2025 04:54 AM
Plakon2 llaki dorg kejung2 pun still ada pminat lol, penangan brkulit cerah

begitulah chuols. adat dunia. tiberrr. hahaha! mujur meols masih setia dgn bae yong jhun. hahahaha! dia pandai nangis ok.
Quote gideoncross 19-2-2025 11:15 AM
BoongaKertas replied at 17-2-2025 08:36 AM
begitulah chuols. adat dunia. tiberrr. hahaha! mujur meols masih setia dgn bae yong jhun. hahahaha ...

BYJ skrg dh x brlakon lgi
Quote BoongaKertas 19-2-2025 02:57 PM

sbb tulah iols ckp iols setia tu. hahaha! sbb heols sorang jer yg iols rasa macho berfoundation.
Quote gideoncross 22-2-2025 03:37 AM
BoongaKertas replied at 19-2-2025 02:57 PM
sbb tulah iols ckp iols setia tu. hahaha! sbb heols sorang jer yg iols rasa macho berfoundation. : ...

Dgn rmbut heol yg pnjng tu hahahaha
Quote ardent91 22-2-2025 07:03 AM
at least die jujur siap mengaku lg in a day setakat ada 2 order jer dan inilah realiti dunia perniagaan even ko retis fofular pown bukan sng nak run business

just imagine retis korea yg ada followers/fans puluhan juta dari pelbagai negara pown struggle wat business sebab tu gua skeptikal ngan retis2 malaysia yg sendu followers/fans pown setakat local malaysian jer tp business kencang sampai profit puluhan juta..
Quote BoongaKertas 25-2-2025 11:03 AM
gideoncross replied at 21-2-2025 07:37 PM
Dgn rmbut heol yg pnjng tu hahahaha

kannn? hahaha! time dah buta pun hensem
Quote gideoncross 12-3-2025 02:43 PM
BoongaKertas replied at 25-2-2025 11:03 AM
kannn? hahaha! time dah buta pun hensem

Kat series/movie mna stu yg heol jdi watak buta tu?
Quote BoongaKertas 13-3-2025 12:06 PM
gideoncross replied at 12-3-2025 06:43 AM
Kat series/movie mna stu yg heol jdi watak buta tu?

winter sonata lah chuols. kan heols buta ujung2 tu. buta2 pun hensem.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 05:19 PM GMT+8 , Processed in 1.154012 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top