CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Imran Bard mohon maaf hasilkan ‘content’ berunsurkan LGBT - "Tuduhan itu adalah sesuatu yang sangat berat"

11-2-2025 10:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17131| Komen: 66|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-11 095252.png


PEMPENGARUH Imran Bard membuat permohonan maaf selepas didakwa menghasilkan kandungan media sosial berunsurkan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Menerusi ciapan di X, Imran mengakui kesilapannya menghasilkan kandungan tanpa mempertimbangkan sensitiviti budaya di negara ini.

"Imran ingin memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan kandungan yang Imran kongsikan baru-baru ini.

"Tuduhan menormalisasikan isu LGBT adalah sesuatu yang sangat berat. Imran akui kesilapan kerana menghasilkan kandungan tersebut berdasarkan rujukan Barat tanpa mempertimbangkan sensitiviti serta adat dan budaya Melayu.

"Imran amat kesal jika perkara ini telah mengecewakan mana-mana pihak," ujar personaliti media sosial terkenal itu.

Menurut Imran lagi, dia mengambil masa untuk membuat permohonan maaf kerana tidak mahu dilihat tidak serius dalam hal itu.

"Aku betul-betul nak minta maaf dan sejujurnya, ia mengambil masa sebab aku tak nak dilihat sebagai orang yang buat salah minta maaf, lepas tu buat lagi.

"Saya tahu saya akan silap lagi pada masa akan datang, tapi satu benda saya boleh janji, saya tak akan buat silap yang sama," tulisnya lagi.

Menurut Imran, dia juga menghargai setiap teguran yang diberikan dan berjanji untuk menjadi insan yang lebih baik.

"Imran ambil maklum setiap teguran yang diberikan dan akan berusaha untuk lebih peka serta bertanggungjawab dalam menghasilkan kandungan pada masa akan datang.

"Saya sangat menghargai semua nasihat dan maklum balas, saya janji akan gunakannya sebagai panduan dan menjadi lebih baik pada masa akan datang," menurutnya lagi.

Screenshot 2025-02-11 095410.png

Sebelum ini, tular tangkap layar memaparkan Imran yang melakukan aksi mesra dengan seorang lelaki ketika memasak.

Selain berpegangan tangan, Imran turut dilihat berpelukan dengan lelaki tersebut.

Perbuatan itu bukan sahaja mengundang kecaman netizen, malah turut menerima teguran daripada penceramah motivasi Akhi Fairuz Al-Jengkawi.

"Normalisasi kepada LGBT ni datang perlahan-lahan. Bukan tiba-tiba berlaku. Sikit-sikit jadi. Bila ramai back up dan support, maka content creator akan kerap menghasilkan video sedemikian rupa. Views naik, komen mencanak, engagement tinggi.

"Tapi takkanlah tanggungjawab sosial kepada pengikut langsung tak diambil kira? Sudahlah kes LGBT mencanak naik, kes HIV yang makin meningkat dalam kalangan remaja belia, namun di sosial media gejala ini dijulang oleh pempengaruh dan menjadikan ia bahan lawak? Sekadar content? Gurauan?

"Nasihat aku pada Imran, ubahlah content. Tak perlu kot buat video-video sebegini. Rugi followers berjuta-juta tapi tiada saham akhirat yang disemai," tegur penceramah itu di Facebook.

Sumber –  mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jula7 11-2-2025 09:59 AM
merannn oiii...dulu uolss sangat disukai sebab santai, kelihatan marhaen..
namun sejak nak melihatkan kemahalan hapgrade chuolss itu..

jgnla di buat mende yg tak bethuls dik oi..rugi..

ko ada nama baik je dik..jgn perjudikan itu.
Quote laksmanabentan 11-2-2025 09:59 AM
keluar dari lemari ya dekk....
hahahhahahahaha
Quote Hoola 11-2-2025 10:04 AM
pempegruh ni
hadam ayat tu meran and all pempngruh oiiiiiii
P E M P E N G A R U H !!

apa yg korg nk pegnruh??!!!
yb fahmi..bout time!!!
enuff amaran la nasihat
we want tindakan!!!!
Quote BungaKencana 11-2-2025 10:40 AM
kau nk jd bapok jgn tunjuk kt media.. kau tu ramai yg follow kt TT, budak2 remaja budak2 kecik semua blh tgk.. eh bodo la dia ni..
Quote Kuin-Kepam 11-2-2025 10:48 AM
yg kasi anak babi makan hari tu cik kelepok ni gak ke?
Quote hunters 11-2-2025 11:18 AM
boleh geng dgn ammar nazhan...maaf tu sekadar didengarkan...repeat the cycle
content mengundang - minta maaf - up next content mengundang lg
Quote hyie 11-2-2025 11:44 AM
sebenarnya kita boleh je fikir kebaikan dan keburukan sesuatu benda tu sebelum kita buat. Cuma nak dengan taknak je guna akal.
Quote 3chanceno 11-2-2025 12:15 PM
Stop kasi attention pada Influenza level sampah sarap

Post konten rubbish, lepas tu mintak maap, leoas tu ulang lagik & lagik  depa nie tak keje tetap & harapkan viewers & viral  Not a good role model untuk anak2.
Quote Prickford 11-2-2025 12:21 PM
Kuin-Kepam replied at 11-2-2025 02:48 AM
yg kasi anak babi makan hari tu cik kelepok ni gak ke?

iyaaa
Quote Orion_Onion 11-2-2025 12:58 PM
Tuduh mende..sah2 obviously jelas ko promote LGBTQ punya content...xkn nk kena explicitly ckp ni content LGBTQ baru blh kecam..bodoh punya influencer...muka pun mcm cacut..sebuk menyemak kat dlm socmed..xpernah minat jantan ni sbb mulut cm bontot ayam
Quote zuriey 11-2-2025 01:05 PM
Ko cuba tgk KA tu pun ada unsur2 kunyit tapi diam2 sudah..terus di gilai acik2 nak bt menantu
Quote sfrnna 11-2-2025 01:09 PM
So obvious kunyit bottom ko ni.. cover2 la nyahh
Quote innocentsangat 11-2-2025 01:36 PM
Boikot je. Even Korea yg negara kafir pun tak promote or takut benda cmni. Ntahla labu. Tak pernah follow or minat.
Quote damular 11-2-2025 01:42 PM
Dulu masa nk naik kemain lagi ala2 anak lelaki melayu terakhir watak ko tapi bila dah merasa secebis populariti suka betul ko provoke netizen kenn.....
Quote zuuu 11-2-2025 01:47 PM
kalo takat letak tengan ko atas bahu kawan ko tu aq leh terima lagi,ni siap back hug,pegang2 tangan dari belakang,pegang pinggang,ikat apron bagai nk bersangka baik celah mana lagi...xkan ko x pikir b4 upload video tu...
Quote MissVixen 11-2-2025 01:47 PM
Bukan dari dulu ke dia menunjuk pasal lgbtq tu? Siap rakam mat saleh sambil berangan mat saleh tu nak dekat dia masa bercuti ke luar negara.
Baik bagi babi makan dari ikut perangai kaum nabi luth.
Quote phoenix_panik 11-2-2025 01:59 PM
done block
sblm ni kekdg layan jgk tgk konten dia yg lawak jgk tu
tp kalau dah peel begini
no maaf
Quote doubleA 11-2-2025 03:54 PM
Dia ni kan yg merempan kerja as instafemes tapi denied dari visa US? Tak kenal dan tak minat nak tahu content dia, tapi video tu iols tengok. Obvious sesotong gayah geli mat
Quote Jitu 11-2-2025 04:03 PM
teringat konten donut susu berayaq
jet lagi jet lagi

kena hencap terus kekonon mohon maaf
padahal suka kan view naik

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.041127 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top