CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah

11-2-2025 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 21411| Komen: 81|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-11 094747.png


PELAKON Kamal Adli menyangkal dakwaan dia dan aktres Uqasha Senrose hadir ke mahkamah syariah bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Menurut Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, bercerai adalah perkara yang hampir mustahil untuk dilakukan kerana dia terlalu menyayangi keluarganya.

“Tak pernah lagi! Mahkamah syariah pun saya tak tahu kat mana!

“Doakan yang baik-baik sahaja dan mustahil untuk saya pergi ke tahap itu.

“Insya-Allah tidak, saya sayang anak dan isteri saya,” katanya kepada mStar.


Kamal berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Unifi TV Originals Ramadan Raya di The Boathouse, Ampang, Selangor pada malam Isnin.

Jelas Kamal hubungan dia bersama Uqasha sememangnya tiada masalah dan menganggap dakwaan rumah tangga sedang bergolak hanyalah andaian orang ramai semata-mata.

Tambah Kamal, fokusnya sekarang adalah untuk kembali meluangkan masa dengan keluarga selepas lama meninggalkan mereka atas urusan kerja.


“Alhamdulillah setakat ini kami okay tiada masalah.

"Skarang kami berdua memang tengah sibuk." KAMAL ADLI

“Sekarang saya cuma mahu luangkan masa bersama keluarga sebab sebelum ini terlalu sibuk bekerja,” jelasnya.

Ditanya tentang emosi yang dihadapi, Kamal tidak berselindung dakwaan dilemparkan itu membuatkan hidupnya terganggu.

Namun Kamal dan Uqasha mengambil pendekatan berdiam diri dan fokus pada kerjaya.

“Terganggu! Sebab ramai orang bertanya sampaikan ibu dan keluarga Uqasha tanya kami ada masalah ke?

“Cuma sekarang kami berdua memang tengah sibuk dengan kerja masing-masing,” ujarnya.

Untuk rekod, Kamal mendirikan rumah tangga dengan Uqasha pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Hawra Uqaira yang kini berusia 10 bulan.

Sumber –  mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 11-2-2025 11:53 AM
Teringat pulak video beliau
Adui
mende dh kt internet mmg selamanya akan kekal.
Quote CindyBunny 11-2-2025 11:56 AM
Video apa tu
Quote emera 11-2-2025 01:58 PM
Kalu xde angin, mcm mn pokok boleh goyang? Kalu x angin, mesti sbb kera. Takkan goyang sbb cikpon singgah kat dahan plak?
Quote amyfaha 11-2-2025 02:10 PM
KA ni berduit. Tp heols mcm kedekut. Hidup terlalu simple. Mungkin uqasha x syok kot dpt laki jenis simpan duit. kene guna duit sndiri tuk bergaye. Baik xyaj berlaki yeeee dak. Kihkih. Btw mmg ramai ye laki kedekut.
Quote nolya 11-2-2025 03:02 PM
Kekadang ada setengah orang salah faham antara kedekut dgn berjimat.  Kedekut ni terlalu berkira nak membeli tapi kalau berjimat ni berkira2 kenapa perlu membeli.  Ialah, kerja artis ni mcm rezeki harimau, bukan mcm penjawat awam/swasta yg ada gaji tiap2 bulan.  Kalau tak menabung dn berjimat2 dari skr, biaya hidup masa depan mcmane. Anak kian membesar, nanti nak sekolah, biaya hidup juga kian meningkat, semua harus masuk kira. Lantas, para artis kalau nak bergaya pun, ukurlah baju di badan sendiri. Tak perlu nak puashatikan peminat kerana susah awak nanti, peminat tak akan tolong. Disindir itu-ini, itu hal biasalah. Biarkan aje. Yg penting, buat dn berusaha apa yg patut demi kelangsungan hidup dn famili.
Quote pocongkiutss 11-2-2025 03:07 PM
nolya replied at 11-2-2025 03:02 PM
Kekadang ada setengah orang salah faham antara kedekut dgn berjimat.  Kedekut ni terlalu berkira nak ...

Selalunya ada la sbb kenapa bini merempan..acah2 berjimat tp hujung2 belanja beli jersi bola , kasut mahal2 boleh pulek..pehtu modified kereta tukar itu ini , beli gadget entahapa2..haa mmg la bini tu sentap. Belanja anak bini semua kena catu tp tang dia belanja sakan utk diri sendiri tu boleh pulak. Benda2 camni selalu org yg berada dlm perkahwinan tu je la yg tau..yg org luar mmg la nmpk si laki acah2 jimat
Quote gebugebas 11-2-2025 03:10 PM
nolya replied at 11-2-2025 03:02 PM
Kekadang ada setengah orang salah faham antara kedekut dgn berjimat.  Kedekut ni terlalu berkira nak ...

itulah..tapi kamal ni banyak je harta..baru tdi sha buat live,orang tnya psl gossip ni dia jawab ddk rmh mak die skrg sb mungkin kamal tgh siapkan rumah baru ke..tak kan smua nak bgtau org sha ckp..tp dlm minggu lepas,minggu  sblm ni bila sha buat live ada je kamal tgh jaga ank dia tu..ada kamal bru balik la..moga yang baik je utk mereka
Quote anakpakmaun 11-2-2025 03:31 PM
selalunya kalau deny2 ni macam betul
Quote doubleA 11-2-2025 03:44 PM
Kalau betul deme ni problem iols nak salahkan kamal je
Quote zuriey 11-2-2025 03:54 PM
Depa ni mmg selalu gaduh so tak de apa yg pelik
i ols speku nely pun berantakan
Haritu ada interview npk muka sheols gabra bila wartawan tnya pasal laki sheols
Jawapan pun mcm pusing2
Quote moonela 11-2-2025 04:08 PM
Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang sendiri...
Quote moonela 11-2-2025 04:08 PM
zuriey replied at 11-2-2025 03:54 PM
Depa ni mmg selalu gaduh so tak de apa yg pelik
i ols speku nely pun berantakan
Haritu ada interview ...

Soksek kat forum ni 99% betul..
Quote cmf_PariS 11-2-2025 04:33 PM
kannnnnn tunggu la beberapa minggu lagi eh eh
Quote Carcosa 11-2-2025 06:04 PM
Iyolah Kemal.
Dulu si Noh kemain deny, deny, deny. Siap hembus asap rokok ke wartawan lagi. Bahahhaha.
Ujung2, nahhhhh. Noh jadi Nahhhh
Quote aint 11-2-2025 06:43 PM
nolya replied at 11-2-2025 03:02 PM
Kekadang ada setengah orang salah faham antara kedekut dgn berjimat.  Kedekut ni terlalu berkira nak ...

betul... yg penting pandai menabung duit..  bkn menabur duit...

org mmg suka kata mcm2...  kedekut kt anak bini la...tp bila anak bini sakit, sapa yg hulur duit...

kalo ikut mulut org, kena rajin bebelanja cam datin intan tu... baru la suami tak kedekut
Quote anony-mous 11-2-2025 07:16 PM
Diaorang ni rasanya nk dkt 10x dah kluar gosip nk cerai. Kat porem cari ni jarang sgt2 la xbetul klau gosip gini
Quote anony-mous 11-2-2025 07:21 PM
aint replied at 11-2-2025 06:43 PM
betul... yg penting pandai menabung duit..  bkn menabur duit...

org mmg suka kata mcm2...  kedek ...

Mesti retis mcm ungka ni pressure kan tgk life intan? Ungka jauh la lg lawa tp dpt hat semikin jah, semikin utk life dia. While intan yg muka awam bdn budak skolah dpt hat kaya
Quote siasia 11-2-2025 07:29 PM
Kamal ni mmg sentiasa nampak muka tak mandi ya.
Quote Zeatyisaac 11-2-2025 07:47 PM
Semoga baik2 aje Kamal dan uqasha. I suka couple ni.

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.041230 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top