CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Langit dah bagitahu saya disihir teruk. Lillahi Ta’ala, saya tak gila," Nonny Nadirah rayu bantuan polis Bukit Aman

11-2-2025 09:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 33771| Komen: 53|Original author: Raline

yh.PNG


Tiada angin tiada ribut, pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa sihir sehingga mengalami gangguan teruk dan diancam secara halus.

Nonny, atau nama penuhnya Nonny Nadirah Zainuddin, 36, meluahkan kesengsaraan yang ditanggung semakin dahsyat hingga terpaksa meminta pertolongan pihak berkuasa.

“Assalamualaikum Balai Polis Bukit Aman. Saya Nonny Nadirah Zainuddin diganggu teruk oleh sihir daripada golongan tiga.

“Di mana saya boleh membuat laporan? Terus menerus diancam secara halus. Dapat bantu saya tak?

“Langit dah bagitahu saya disihir teruk. Lillahi Ta’ala, saya tak gila. Allah cerita semua tentang perbuatan mereka,” tulisnya dalam Instagram.

Dalam hantaran sama, pelakon drama Luka Di Hati Diya itu turut mendakwa hanya mampu bersuara melalui media sosial kerana semua saluran lain seolah-olah disekat secara halus.

Lebih membimbangkan, dia turut memberitahu keluarganya menerima ancaman serupa, malah mengaitkan kematian bapa dan kakaknya dengan perbuatan khianat.


“Saya seorang, tuan. Asal dari Sabah, sekarang di Kuala Lumpur. Semua disekat secara halus, kesakitan secara halus.

“Tuan boleh ikuti kisah Chester Bennington Linkin Park atau Sulli artis Korea. Semua mati bunuh diri sebab sihir, tuan.

“Saya hanya boleh bersuara dalam media sosial. Saya tak tahan, sakit sangat sihir ini. Jumpa perawat pun kata tiada sakit, tapi Allah bagitahu memang ada,” luahnya.


Nonny turut merayu pihak berkuasa mengambil serius perkara ini kerana tidak lagi mampu menanggung penderitaan.

“Bapa saya dibunuh. Kakak saya dibunuh. Sekarang mereka ancam ahli keluarga saya yang lain.

“Saya hanya ada Allah, tuan. Saya hanya ada Allah.  La haula wa la quwwata illa billah hil aliyyil azim,” coretnya.
n 1.PNG

Ini bukanlah kali pertama, Nonny sebelum ini pernah mendakwa berdepan dengan gangguan sihir sehingga wajahnya senget sebelah sekitar tiga tahun lalu.

Sumber: Kosmo



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mrsLucky 10-2-2025 09:02 PM
Aduh kasihannya...dia tak gi jumpa psy ker?
Quote Lampuled 10-2-2025 09:24 PM
Skizo ker? Seriau. Takde family terdekat ke?
Quote bluebutter 10-2-2025 10:03 PM
Takutnya, nasib ada suami, selalu suami selalu kerja malam.
Quote Cekgushilla 10-2-2025 10:04 PM
Bwk2 la p spita noni
Quote Perawankota 10-2-2025 10:53 PM
Cara dia tulis pon tau dia sakit ..
Quote hyie 10-2-2025 10:58 PM
cer kontek sittah?
Quote fanaz82 11-2-2025 10:16 AM
kawan2 dekat dia tolongla dia. at least dia dah try to reach out
Quote Piramida 11-2-2025 10:21 AM
Mula2 oklah me nag kadang2 org dengki boleh je jadi...

Tapi bila masuk script bab langit apa bagai... Hehehhee lain mcm pulak otak she.

Yg keliling tak boleh bantu ke? Ke dah malas...
Quote swateng1 11-2-2025 10:32 AM
GOLONGAN TIGA TU APA
Quote HappyGumbira 11-2-2025 10:54 AM
Apa la noni ni telan sampai jd gini...kadang2 bukan kwn2 n keluarga tak nak bantu tp dia yg refuse n susah nak bg kerjasama
Quote dua_chzy 11-2-2025 10:57 AM
Bapa dia mati sakit la. Mana hada dibunuh. Dah gila teruk budak ni. May you find the help you need. At least dia gila tak susahkan orang lain. Sendiri buat hal, sendiri rosak. Bukan sebok rosakkan hidup orang lain.
Quote miss_perfect 11-2-2025 11:33 AM
Dia ni pernah ambik barang ke?

Masa I kat ER hantar abah I, ada sorang remaja/young adult ni dok sebelah I. Nampak tak sakit macam the rest of the people dalam ER tu la tapi masa dia tengah duduk2 tu tetiba dia bangun lepas tu dia ambik air mineral kat pintu (tak tau siapa punya/ada orang tinggal) dan minum. Dalam hati I dah fikir budak ni macam semacam je. Lepas tu bila ada MA tanya dia sakit apa, baru I tau dia try bunuh diri. Pastu MA tu bawak budak tu kat katil dan tutup tirai (kat area orang buat ECG) tu tapi sebab tempat tu takdelah private sangat I terdengar jugak la perbualan diorang. MA tu tanya dia pernah ambik apa? Budak tu jawab syabu tapi dah lama tak ambik.  Lepas tu I tak tau dah apa jadi kat dia sebab I pun bizi dengan urusan ayah I.

So Noni kalau orang keliling takde yang nak bantu, please seek help kat hospital.
Quote awenda507 11-2-2025 12:56 PM
Sape2 tlg la bwk dia ni jumpa doc psy
Quote Aribaariba 11-2-2025 01:24 PM
Dptkan bantuan secara tanpa publisiti blh? Dlm proses penyembuhan, delete semua socmedia. If you cant delete, then you could be the  problematic one. Lepas delete, lepas sembuh , quit la dunia tipu2 selebriti ni.. only the fit ones cam make it like tokti, fazura, awie, amy search,..etc..
Quote Zeelalala 11-2-2025 01:41 PM
HappyGumbira replied at 11-2-2025 03:54 AM
Apa la noni ni telan sampai jd gini...kadang2 bukan kwn2 n keluarga tak nak bantu tp dia yg refuse n ...

Yup. I pun fikir mcm dia da ambik brg kot. Mental jadi kacau teruk. Dan org dah xnak bawa dia sbb dia susah nak bawa bincang.

Maybe kene ambush, paksa rela ke hospital bahagia ke...rehat dulu dlm tu, check betul2. Risau pula jadi hal lain.
Quote sukacactus 11-2-2025 01:59 PM
Langit pun dah masuk dlm ini cerita, berat betul dah ni
Quote PULANGKAN 11-2-2025 03:17 PM
ischemic stroke kah?

i dunno, im not a doctor. tapi macam otak dia terkesan dengan stroke. seeing, hearing, speculating things. kena MRI, with contrast sekali
Quote ohsoyaya 11-2-2025 10:53 PM
Ala kesiannya dia sakit smpai mcm ni sekali
Quote sharlenetexas 11-2-2025 11:08 PM
Dia buat apa utk living?

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.047189 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top