CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mental Intan Najuwa tak kuat, respect ibu yang jaga anak tak ada pembantu

11-2-2025 09:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 33157| Komen: 51|Original author: Raline

Intan Najuwa menzahirkan rasa kagum dengan golongan ibu yang mampu menjaga anak mereka tanpa bantuan daripada pembantu atau ‘helper’.

Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, berkata, walaupun memiliki beberapa orang pembantu, kehidupannya huru-hara dan tidak mampu melakukannya seorang diri.

i.PNG


“Kepada semua ibu yang menjaga anak baru lahir tanpa pembantu, saya tabik sebab kalian memang kuat.

“Sejujurnya tidak sekuat kalian untuk jaga seorang diri, mungkin saya jenis mental tak kuat.

“Walaupun ada pembantu, saya pun pening. Bila anak menangis, saya ikut menangis. Anak baby, mak pun baby, jadi dua-dua pun menangis,” katanya dalam ketika membuat siaran langsung TikTok.


Tambah Intan, dia juga akan panik setiap kali puteri sulungnya, Imane Lunara menangis kerana tidak mengetahui apa yang dimahukan anaknya.

“Kemudian, kita tengah tukar lampin sambil dia menangis, kita pula jadi panik, jantung hampir terkeluar.

“Kadang-kadang tak tahu apa anak nak, sampai saya bercakap dengan anak, ‘Luna nak apa?’.

“Kemudian rumah pun terus huru-hara macam kapal karam terbalik,” jelasnya.


Dalam pada itu, Intan bersyukur diberikan rezeki untuk mengupah pembantu bagi memudahkan urusannya sebagai ibu.

“Sebab itu saya pelik namun kagum dengan mereka yang mampu jaga anak tanpa pembantu.

“Namun, semua ini bukan ada kena mengena dengan kekayaan, alhamdulillah ada rezeki untuk miliki pembantu.


“Yang bantu saya ramai tetapi ini pun sudah pening dan nak gila, rambut hampir nak botak,” selorohnya.

Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf, pada 18 Ogos 2023.


Pasangan itu menyambut kelahiran cahaya mata perempuan mereka, Imane Lunara, pada 15 Disember lalu.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 10-2-2025 09:19 PM
Ibu lain xperlu fikir nk posing mcm mana untuk bg nmpk jenama selimut, or botol susu
Quote jambatannetizen 10-2-2025 10:02 PM
.Gambar pegi wedding sec last poyoooo.. show off nama laki title Dato. Peghak namati.
Quote Cekgushilla 10-2-2025 10:07 PM
Selalu mak2 ni bila anak kuar je dr perut
Truss haa auraa kuat tu masuk dlm badan
Ttba je jd tau jadi boleh buat
Sbb fikir anak tu ada kita je yg dia kenal
Ko jgn la dok buat lemah tintan oiii
Dia bukan pasal ada helper ke takdak helper ni pasal naluri ibu
Quote irvene 10-2-2025 11:03 PM
ko tanya la mak ko macam mana dia jaga korang 3 beradik tanpa helper. poyo much! bercakap tak pandang kiri kanan nak mendongak je keje. kalau dari kecik ko mmg dah kaya. ok acik por semua phm. ni…?!
Quote miss_white 10-2-2025 11:23 PM
Dia harap kn pembantu  urus kn anak
Sementara dia   dok menayang cara berpantang
Tak habis lagi dia punye jakun dok menayang
Semoga laki ko kena sondol

Quote menjad 10-2-2025 11:37 PM
Lemahhhh nya ko dik
Kerrrrr dah mula rasa terikat ngan tggungjawab
Quote Hoola 11-2-2025 12:04 AM
Edited by Hoola at 11-2-2025 12:05 AM

so hari ni datin nk tjk kt rkyt jelata hbag ,makeup, selimut jenama hurup apa pulak?
rakyat tunggu je ni

pdhal kami rkyat pun ramai sedaramara sepupu sepapat bergelar dato datin dan bkja dlm sektor korporat. tp sempoi tenang dan profesional mnguruskn tjwb seharian

Quote nena9042 11-2-2025 12:25 AM
Dia rasa macam being humble puji orang takde helper ke? Hahaha
Humble brag, ada ramai pembantu tapi bukan sebab kaya
Quote likilu 11-2-2025 02:31 AM
Ko sibuk dgn netizen

Tak ambik pengajaran sorang retis tu sibuk jugak dgn netizen riuh rendah hashtag dia setiap update nak hiburkan netizen

Anak jatuh katil

Quote Tinot7 11-2-2025 04:49 AM
Somi dia ni bisnes apa yg kaya sgt ni?
Ayah dia pun dato..

Iols sukar nak terima rupa kertu mcm ni 4 tahun muda drp iols..

Screenshot_20250211_044337_Samsung Internet.jpg
Quote doubleA 11-2-2025 10:11 AM
Bertabah lah helper2 dia dengan drama intan ni. Ko baca la buku2 parenting atau kt app berlambak. Tak pun tanya mak ko kenapa anak nangis, apa yg kena cek. Gegak gempita bak langit nak runtuh sendiri yg complicated
Quote fattymah 11-2-2025 10:22 AM
Iols khatam buku dugro..  tak de le drama gini.. sambil sidai baju sambil sembang dengan kak sebelah rumah.. ada helper taguna kalau tangan berjahit hp.. tak menikmati saat tak pecah telur.. tu je nak cakap.. mereng la ko tintan
Quote Piramida 11-2-2025 10:24 AM
Sbb ko selesa... petik jari semua dpt.

Cuba kalau ko marhaein je.. xde helper.. duit pun sekadar apa yg ada... Sure mental ko pun akan kuat.. No worry.
Quote noor2 11-2-2025 10:38 AM
X de la sampai anak menangis , aku ikut menangis...lainla anak tu disahkan sakit kronik cth kanser ke tu barula aku menangis...takat nangis biasa2 x dela nk nangis
Quote swimswim 11-2-2025 11:58 AM
Ape ke lemahnya mental pompuan ni..

Camni ke kekuatan seorg student law, ke just posing2 bukak buku je. Kelaku mcm apa ntah

Just as the way she pose with all her fancy stuff.. Yg earning n hardworking is the husbandnya, yg flaunter is the wife.

I vote for Fiza elliot dtg sini menyondol Kah3
Quote lyshafull 11-2-2025 12:50 PM
Lemah btul la ape lagi la nk meroyan xsempat2 tapi bukan ko buat pun belek2 anak tukar lampin dah tu … balik rumah rushing
Quote lyshafull 11-2-2025 12:51 PM
swimswim replied at 11-2-2025 11:58 AM
Ape ke lemahnya mental pompuan ni..

Camni ke kekuatan seorg student law, ke just posing2 bukak buk ...

Dia punya law pun suspicious dah habis ke belum
Sekadar amik tuk terkam laki kaya
Quote sfrnna 11-2-2025 01:03 PM
Dia ni duduk mana? Kemain Gambo semua dalam kereta jah, tak pun tunjuk barang branded. Nampak macam life so sedihh and lonely.
Quote Prickford 11-2-2025 01:14 PM
Tannn...teruk sangat ke nak handle baby? Aku pon baru anak satu, baby jugak, bekerja jugak. Itu hanya perkara yg kita lalui saja, proses hidup selepas melahirkan & membesarkan anak dari bayi. Susah sangat ke sampai anak nangis, kau kena ikut nangis? Laki kau mmg tak pay attention dekat kau anak beranak ke? Laki kau tak mampu tolong uruskan anak ke? Posting2 kau recently ni mcm tak cukup kasih sayang sampai semua benda nak diroyankan nak diriakkan, cringe sangat. Kau bukan asnaf yg beranak duduk bilik sewa sampai semua benda jadi tak kena.

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.047894 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top