CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak, sama nasib macam Cakra Khan

11-2-2025 09:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 41408| Komen: 99|Original author: Raline

Memahami nasib menimpa Zazzleen, penyanyi Indonesia Cakra Khan berharap peserta One In A Million (OIAM) itu berbangga dengan keunikan vokal dimilikinya.

Ini kerana kata Cakra atau Cakra Konta Paryaman, 33, ketika di awal kemunculannya sebagai penyanyi, dia pernah berdepan kecaman lebih teruk apabila ada mengatakan suaranya berkahak ketika menyanyi.

"Di awal kemunculan saya dulu pun ada mengatakan suara saya berkahak.

"Apa dialami Zazzleen mengenai suaranya, saya juga pernah mengalaminya," katanya kepada mStar.


zz.PNG


Cakra berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tamat OIAM yang berlangsung di Glenmarie, Shah Alam pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Cakra memberitahu dia sempat meninggalkan beberapa pesanan kepada Zazzleen termasuk melihat vokalnya sebagai satu kelebihan.

Malah dalam pertemuan mereka sebelum ini, dia turut menasihati agar lebih berhati-hati dalam memilih lagu agar sesuai dengan kemerduan suaranya.

"Saya pesan pada dia tak perlu sedih dengan kritikan netizen sebaliknya tunjuk kelebihan yang dimiliki kepada mereka.

"Walaupun berbeza tapi kita masih boleh tunjukkan kelebihan yang kita ada," luahnya.

Tambah Cakra, dia juga sentiasa mencari lagu-lagu yang sesuai dengan nada dan vokal dimiliki agar dapat mengelakkan karya tersebut menjadi sumbang.

zz 1.PNG


"Saya pun ada masa saya selektif untuk menyanyikan sesebuah lagu.

"Kerana bila saya menyanyikan lagu itu dengan suara saya yang sedikit berbeza dari lain mungkin akan kedengaran kurang sedap," luahnya.

Sebelum ini, Zazzleen kerap kali menjadi bahan kritikan netizen sepanjang bertanding di OIAM kerana keunikan suara yang dimilik.

Bukan hanya dia, ibu bapa dan keluarga Zazzleen turut menjadi sasaran kritikan sekali gus menguris hatinya.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote phalanx 11-2-2025 07:23 AM
zazleen, masalahnya you pun tak tahu kekuatan suara you sesuai dengan lagu apa. tak tau la sapa pilih semua lagu2 dia dalam oiam, tapi semua tak kena dgn suara dia. maybe produksi sengaja untuk naik rating dek hate-watch. wallahu aalam.

tapi at least ko sendiri kena tahu kesesuaian diri. ni lagu tak sesuai, kau nak meneran2 fefeeling fantasia barrino. memang sumbang la. dah la low note dgn lower register dia sumbang mambang.
Quote Shayang 11-2-2025 07:53 AM
Mana datang khan nyaaa tu adoi patut muka takda industan pun
Sekali nama betul jauh bebenor
Quote aina_shaira 11-2-2025 08:38 AM
Sabar jap, aku tunggu lain lain komen nak berkuntum dekat thread ni
Quote BellaThePrinces 11-2-2025 08:52 AM
bila baca ada yang kata suara dia unik...taraf2 international...tapi hakak sbg rakyat marhaein cuma paham sedap tak sedap aje...dan mmg tak sedap pun suaranya
Quote 800214 11-2-2025 09:13 AM
BellaThePrinces replied at 11-2-2025 08:52 AM
bila baca ada yang kata suara dia unik...taraf2 international...tapi hakak sbg rakyat marhaein cuma  ...

Dengar dia nyanyi lagu sehati sejiwa.. Hermm. Mcm kena marah. Mcm merentan2. Hahahahaa
Quote red_velvet 11-2-2025 09:40 AM
Lagjsehati sejiwa tu dah macam ikonik, asal dengar je lagu tu terbayang cerita cinderella yang gebu, polos.. Tapi bila si zazleen ni nyanyi hancurrr teruk buat kan lagu ni hilang  jiwa ya.. Macam nyanyi untuk cinderella obese, muka berminyak & pemalas yang tersangkut kat enjin kapal
Quote kukukatablog 11-2-2025 09:54 AM
suara dia sesuai nyanyi lagu rnb dan soul music
Quote fadz84 11-2-2025 09:59 AM
Edited by fadz84 at 11-2-2025 10:00 AM

Sariyah ni kena nyanyi lagu² cm Anastasia nyanyi tu.. tp mmg bukan forte kegemaran majority rakyat Malaysia la..
Quote doubleA 11-2-2025 10:00 AM
Iols dengar yg tanpa muzik memang sumbang mambang bunyi itik tercekik atau mak2 kejut anak bangun tengahari punya suara. Sorry iols tak boleh appreciate uniknya suara dia ni sebab dengar sumbang mambang sangat
Quote laksmanabentan 11-2-2025 10:06 AM
BellaThePrinces replied at 11-2-2025 08:52 AM
bila baca ada yang kata suara dia unik...taraf2 international...tapi hakak sbg rakyat marhaein cuma  ...

aku pun rasa takde sedapnya pun..
menyanyi tu mmg ler dia boleh menyanyi pun..
tapi takde turun naiknya suara.. takde lembutnya suara..
permainan melodi tu kureenngggg...

Quote Bergosip 11-2-2025 10:23 AM
iols minat dengan penyanyi macam cakra khan, aisyah aziz, miley cyrus, jisoo blackpink. suara serak2 basah dan nyanyian dorang sedap


tapi, bila iols dengar zazzleen ni nyanyi. macam tak boleh masuk. macam membaca dan tak ada lenggok


macam miley cyrus, suara dia serak2 basah tapi ada lenggok. sedap didengar. maybe zazzleen tak jumpa lagi genre yang sesuai dengan suara dia
Quote Binodino 11-2-2025 10:42 AM
kukukatablog: suara dia sesuai nyanyi lagu r ...

Sejujurnya aku tengok sekali je si zazzleen ni nyanyi, masa konsert final hari tu. Suara dia macam kategori suara macy gray, ada orang rasa ok ada yang tak. Tapi obvious la muka dia tak puas hati sebab tak menang

Jangan risau, zazzleen. Nanti tv3 offer kau jadi reputz meloya. Who knows kan?
Quote BungaKencana 11-2-2025 10:53 AM
zazzleen tu suara mmg unik tp takde tone! mendatar jeee.. lagu mendayu2 pun keras kejung dia buat.. elok berlakon amk watak acik2 joyah melorat hal jiran sblh, pkai baju kelawar muka penuh bedak sejuk..
Quote miamiot 11-2-2025 10:56 AM
Apa keperluan ambik judges Indo ?
Quote Nozot 11-2-2025 11:15 AM
suara dia nie macam ala2 macy gray, tak semua lagu boleh masuk dengan suara dia tapi dia kena banyak belajar lagi sebab tertengok Masa final sekejap, dia macam lost & haru biru sikit..padahal kalau dapat teknik yang betul akan jadi best dengar
Quote Nozot 11-2-2025 11:16 AM
kukukatablog replied at 11-2-2025 09:54 AM
suara dia sesuai nyanyi lagu rnb dan soul music

exactlyn kena masuk kelas vokal juga kan
Quote Prickford 11-2-2025 11:27 AM
Lah Cakra Khan. Ingat Chaka Khan! Cakra tu jantan, suara mcm nak tak nak je keluar, berkahak.
Quote swimswim 11-2-2025 12:03 PM
Suara dia ni parau and not pleasing.. Bila tekan utk high voice jadi ngeri nk dengar..

I rasa zazzleeen can carry tune. Just that music tu kena mellow and easy listening mcm dkt lounge yg ala ala penyanyi nyanyi tp cam bercakap tu
Quote tokchik 11-2-2025 12:20 PM
BungaKencana replied at 11-2-2025 10:53 AM
zazzleen tu suara mmg unik tp takde tone! mendatar jeee.. lagu mendayu2 pun keras kejung dia buat..  ...

macam suara noor kumalasari?

dulu2 noor kumalasari kan suaranya dikatakan kejung TETAPI masih ok lagi didengar

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.196268 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top