CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pengantin meraung, MUA terkenal ‘hilang’ 3 jam sebelum nikah

11-2-2025 09:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 30537| Komen: 4|Original author: Raline

Sejak bulan lalu, media sosial hangat dengan pendedahan dan perkongsian warga maya mengenai pengalaman buruk masing-masing yang menjadi mangsa penipuan seorang jurusolek.

Rata-rata mereka yang 'terkena' dengan jurusolek sama meluahkan rasa marah dan kecewa kerana hari bahagia bertukar menjadi mimpi ngeri.

Turut menjadi mangsa, wanita yang hanya mahu dikenali Niza tampil membuat pendedahan di laman sosial bertujuan agar bakal pengantin lain lebih berhati-hati dan tidak menjadi mangsa penipuan seterusnya.

m 1.PNG


Berkongsi kisahnya lebih lanjut, Niza berkata dia membuat tempahan slot jurusolek berkenaan pada tahun lepas untuk menata rias wajahnya pada hari pernikahan, 1 Februari lalu.

"Saya booked slot jurusolek itu dengan harga RM450 beserta RM60 untuk kos pengangkutan. Tiba-tiba dia kata nak tawarkan harga promo iaitu RM250 dan transport RM60.

"Saya pelik juga sebab murah sangat untuk harga solekan bride. Tapi dia kata itu rezeki saya. Saya pun transfer full RM310," ujarnya kepada mStar.

Sambung Niza, dua hari sebelum hari pernikahannya, dia menghantar mesej kepada jurusolek berkenaan sekadar untuk memberi peringatan.

"Sehari sebelum nikah saya tanya lagi, akak bawa lampu tak sebab bilik saya gelap. Dia jawab tak apa jangan risau, dah biasa solek dalam keadaan lighting macam tu.

"Keesokannya hari majlis, biasalah kita bride memang busy daripada pagi sampai petang. Akad nikah pukul 9 malam. Petang tu saya mesej dalam pukul 4.30 petang, tanya dah on the way ke sebab dia tak update apa-apa.

"Tapi mesej hanya satu tick. Saya positif lagi, kot-kot tak ada line. Tapi sampai pukul 6 petang, masih tak dapat dihubungi," ujarnya.

Dalam keadaan hati yang gundah-gulana, Niza berkata dia cuba menjejaki jurusolek berkenaan di laman sosial dan berjaya menghubungi salah seorang ahli keluarga wanita tersebut.

m 2.PNG

Namun ujarnya, jawapan yang diterima benar-benar menghampakan.

"Wanita yang dipercayai adik kepada jurusolek tersebut mengakui dah lama tak berhubung dengannya dan dia sendiri cadangkan saya cari pengganti jurusolek.

"Bayangkan macam mana perasaan saya waktu tu... dalam masa kurang tiga jam majlis nikah, saya menangis teruk angkara jurusolek tersebut," ujarnya yang menetap di Hulu Langat, Selangor.

Dalam keadaan yang kelam-kabut itu, ujar Niza, ibu saudaranya terpaksa menjadi jurusolek bidan terjun kerana terlalu suntuk untuk mencari pengganti.

"Sekarang dah lebih seminggu majlis nikah saya berlalu, jurusolek tu langsung tak nampak batang hidung. Tiada refund ataupun kata maaf.

"Saya kongsi dekat TikTok agar pengalaman buruk saya dapat dijadikan pengajaran kepada bakal pengantin lain. Tak sangka, memang terlalu ramai yang DM (direct message) dan komen, berkongsi pengalaman yang sama.

"Boleh dikatakan hampir 20 orang. Rupanya, dah ramai kena scam. Saya pula tak tahu jurusolek tu buat kecoh kerana tak mengikuti perkembangan yang banyak dikongsikan di Thread.

"Apa yang saya nak sampaikan kepada jurusolek berkenaan, hentikanlah menipu orang. Berdosa! Kalau terpaksa cancel, beritahulah. Kepada bakal pengantin pula, pilihlah jurusolek yang benar-benar dipercayai dan ada portfolio bagus," akhirinya sambil menambah, dia akan membuat laporan polis selepas majlis resepsinya selesai.

Sumber: mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orion_Onion 11-2-2025 10:14 AM
So which MUA?dedahkan jela
Quote nazzse 11-2-2025 10:37 AM
Edited by nazzse at 11-2-2025 02:39 AM

Makeupbymot kan. MO sama, promo sbb nak topup brg makeup.

Follow & pernah join kelas makeup dia.

Dulu ok je, lepas cerai dgn laki tldm dia terus mental. Bagi alasan depression la, anxiety la mcm2. Dah byk kali dia ni buat hal, selalu bbuay story minta simpati bride dok maki dia, padahal sendiri buat masalah.

Ni dah hilang IG sheols
Quote nono86 11-2-2025 09:18 PM
Semua pakat buat senyap sebab tu tadak orang tau dan mangsa pun makin bertambah.. bagi full detail tak yah nak cover2
Quote BoongaKertas 12-2-2025 11:09 AM
x buat repot polis ke? iols rasa mcm better buat.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.043264 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top