CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!

10-2-2025 03:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 33234| Komen: 35|Original author: Raline

Ammar Nazhan terus dihujani dengan kecaman warga maya selepas dia disahkan memalsukan laporan kehilangan ahli pasukannya yang dikenali sebagai Eyka.

Sejak awal tularnya kehilangan pempengaruh wanita itu ketika melakukan aktiviti paranormal di Bandung, Indonesia, sudah ada dalam kalangan netizen yang meluahkan rasa sangsi dengan kisah itu.

ac.PNG


Ia berikutan beberapa kejadian sebelum ini yang mengaitkan Ammar dan ahli pasukannya sebagai 'kaki content' yang 'lapar' perhatian kerana didakwa sanggup melakukan apa sahaja demi meraih tontonan.

Malah, tidak salah jika dikatakan Ammar, 29, adalah individu yang paling dibenci di Malaysia ketika ini kerana tindakannya yang mencemarkan nama baik negara.


Berikut kami senaraikan beberapa insiden dan perbuatan Ammar hingga mencetuskan kontroversi:

2021

Jika anda masih ingat, nama personaliti media sosial itu pernah kecoh pada tahun 2021 kerana menghasilkan prank tangkap basah.

Menerusi video di YouTube, kumpulan YouTuber berkenaan berpakat untuk mengenakan dua ahli mereka yang berlainan jantina kerana bersekedudukan di sebuah rumah.

2022

Pada tahun 2022 pula, Ammar turut dikecam kerana menerbit dan memuat naik video sekumpulan gadis memperagakan pakaian muslimah lengkap dengan niqab di hadapan beberapa lelaki.


Susulan kontroversi itu, Ammar yang mesra disapa Am membuat permohonan maaf menerusi YouTube selepas tindakannya mengundang kemarahan ramai.

2023

Tidak terhenti di situ, nama Ammar juga pernah kecoh apabila dia didakwa bersekedudukan dengan wanita di dalam sebuah rumah.

Dakwaan itu menjadi bualan ramai selepas ia dikongsi oleh bekas guru Matematik terkenal, Mohd Fadhli Salleh menerusi Facebook pada 24 September 2023.

"Duduk bersama awek serumah tanpa nikah, tak hormat privacy jiran. Nak buat studio kat situ, tak bayar hutang orang sampai orang ke rumah minta hutang. Staff biadab yang asyik bergaduh dengan guard.


"Pukul 1.30 pagi 'preng' exhaust kereta bising, parking kat rumah orang. Berdua-duaan dalam gelap kat taman dan macam-macam hal lagi," dakwa Cikgu Fadhli.

Antara lain, Ammar juga pernah didakwa menganggu ketenteraman sebuah taman perumahan mewah.

Bagaimanapun, Ammar menerusi Instagram Story menafikan dakwaan berkenaan dan menyuarakan hasrat untuk menyaman individu yang melemparkan fitnah terhadapnya.

Pada tahun sama, YouTuber itu juga dikecam netizen gara-gara video memaparkan dia sedang menikmati kentang goreng (fries) dengan cara kurang sopan.

Lebih teruk, Ammar turut menjadi mangsa face shaming netizen gara-gara video tular berkenaan.


AM 3

Teguran oleh seorang pengguna X buat kumpulan YouTuber berkenaan.

Menerusi temubual bersama mStar yang disiarkan di platform YouTube pada 18 Disember 2023, Ammar berkata dia memohon maaf atas aksi yang dipamerkan.

Malah, Ammar berkata dia menerima kekurangan dirinya kerana ia adalah ciptaan Allah.

2024

Bagai mengulangi kesilapan pada tahun 2022, Ammar pada 2024 sekali lagi dikecam gara-gara dakwaan menggunakan wanita berpurdah untuk content video YouTube.


Video itu tular selepas seorang pengguna X membuat ciapan rasa tidak puas hati terhadap penghasilan video berkenaan.

2025

Nama Ammar sekali lagi dihujani kecaman netizen selepas pihak berkuasa Indonesia mengesahkan kehilangan ahli pasukannya sebagai satu cerita palsu dan lakonan semata-mata.

Jurucakap polis daerah Panyileukan dikenali sebagai Kompol Kurnia berkata, ia adalah satu bentuk kandungan sensasi yang dibuat semata-mata untuk meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut.

Kontroversi kehilangan Eyka mengundang kemarahan ramai apabila ia disahkan hanya lakonan semata-mata.

Terdahulu, Eyka yang juga rakan kepada Ammar dilaporkan hilang di dalam hutan sebelum ditemukan selamat pada pukul 10 malam Rabu, dalam keadaan lemah.

Jadi jika dilihat sejarah kontroversi melibatkan Ammar sehinggalah kes terbaharu di Indonesia, maka tidak salah untuk dikatakan dia adalah individu yang menjadi sasaran kemarahan ramai ketika ini.

Malah, kebencian terhadap personaliti muda itu jelas dapat dilihat menerusi kecaman serta hinaan yang dilemparkan warga maya di media sosial.

Untuk rekod, Ammar memiliki lebih 2.7 juta subscribers di YouTube.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote innocentsangat 7-2-2025 03:57 PM
Yang buat content kurang akal, yang subscribers pun sama, dua kali lima.

Quote KamikuP 10-2-2025 03:45 PM
Yg folo budak ni pon sama je mental retarded
Quote Hoola 10-2-2025 03:53 PM
YB fahmi kem multimedia.sila bertegas !!!!!!!
Quote Aneem 10-2-2025 04:06 PM
Yg tak faham, ramai lak yg follow content depa ni. Colleague aku kemain terkuki2 tgk video team bahlol ni.
Quote dewi_rina 10-2-2025 04:19 PM
Rahim, amir, marsya tu dulu bukan main siap buat report polis pasal am ni.. Keluar dari group dia.. Eh tiba2 masuk balik.. Ibarat dah ludah jilat balik
Quote pocongkiutss 10-2-2025 04:33 PM
dewi_rina replied at 10-2-2025 04:19 PM
Rahim, amir, marsya tu dulu bukan main siap buat report polis pasal am ni.. Keluar dari group dia..  ...

Iols ingt uols tgh bercakap pasal Rahim Sepahtu, Amir Raja Lawak & Marsha Milan td
Quote SalenaGomez 10-2-2025 04:34 PM
Xkenal. Penah laa dgr sikit2 issue mamat ni tp di angin lalu je sbb rasa konten je n mcm bodo pon ya juga. X hesmes pon ya juga
Quote ezacbee 10-2-2025 04:40 PM
Ammar berkata dia menerima kekurangan dirinya kerana ia adalah ciptaan Allah.

Apa yg kurang? Mental ke dia ni
Quote dewi_rina 10-2-2025 04:58 PM
pocongkiutss replied at 10-2-2025 08:33 AM
Iols ingt uols tgh bercakap pasal Rahim Sepahtu, Amir Raja Lawak & Marsha Milan td

I citer versi bbnu

Btw u tengok budak2 ni muka tebal betul mekap dorang.. Apa benda masuk hutan mekap tebal2 gitu, pastu pakai baju tebal, dgn topi lg, korang tak panas ke nyah? ke atas tu sejuk mcm genting?
Quote Rogue98 10-2-2025 05:15 PM
Dia ni ke youtuber paling kaya kat Malaysia.. sebab tengok YouTube ishraq ada sewakan rumah bungalow org komen kata budak ammar ni.
Quote sharlenetexas 10-2-2025 05:18 PM
Sila mereput.


Quote BungaKencana 10-2-2025 05:28 PM
kenal dia sbb fries..
Quote swimswim 10-2-2025 05:30 PM
Siap buat kronologi, tak perlu ku tahu malah aku skip je nk tulis couldn't care less
Quote toynme 10-2-2025 05:35 PM
innocentsangat replied at 7-2-2025 03:57 PM
Yang buat content kurang akal, yang subscribers pun sama, dua kali lima.

menunjukkan ramai yg bodoh rakyat malaysia ni
gen z ke hape ntah
Quote akuchenta 10-2-2025 07:17 PM
sampai ke indon bodoh dia
Quote tepisket.. 10-2-2025 07:22 PM
Unfollow la ramai2. Mak2 tu sila pantau anak punya subscribe yt channel. Biar sampai tinggal satu digit je follower dia.
Quote Carcosa 10-2-2025 08:06 PM
Ada byk betina2 mental yg sah2 lembam, dan gundu, sokong si budak terencat akal ni yach. Dekat TikKetok nun
Byk betina2 sangkak yg sah2 fugly dok ckp "tunggu lah surat saman dari Amar" "Jgn suka2 fitnah Amar" "Korang nak memekak apsal, lawyer Indonesia rrlax je kasi settle"
Eh betina2 babi! Kau org ni babi ke, orang?? Ko jilat sgt si muka terencat ni apsal?? Si Amar ni sampah, kau tau tak? Sampah. Babi ni semua.
Quote heythere123 10-2-2025 08:28 PM
sebab tu iols sokong je kalau kerajaan rajin nak ban makhluk takde akal macam theyols ni. Rosakkan otak & akhlak anak muda je kejenya
Quote LadyCarefree 10-2-2025 09:14 PM
Kenapa dia diri kat sejadah macam tu? Macam xbiasa je.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.039999 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top