CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Hafidz Roshdi mengandung ke tu?

10-2-2025 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32722| Komen: 31|Original author: Raline

Hafidz Roshdi memilih mengunci mulut mengenai dakwaan isterinya, Athira Yuhada kini sedang hamil.

Hafidz berkata, buat masa ini dia hanya mahu berkongsi mengenai kes tuntutan hak penjagaan ke atas dua anak hasil perkahwinan bersama bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

hy.PNG


"Saya tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai perkara itu.

"Sekarang saya mahu fokus pada kes hadanah (hak penjagaan anak) sahaja," katanya ringkas kepada Harian Metro.

Menurut Hafidz, sebagai suami sudah tentu dia mengharapkan kebahagiaan dan dikurniakan zuriat selepas mendirikan rumah tangga dengan Athira pada 16 Disember 2023.


"Insya-Allah. Kalau ada rezeki Allah bagi, saya pasti teruja. Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik buat saya," katanya.

Sebelum ini, pada program Permata Seni Koir anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, baru-baru ini, perut Athira dilihat semakin membesar menandakan dia sedang hamil.

Berikutan itu, Hafidz dikatakan bakal menimang cahaya mata ketiga sementara Athira pula menanti kehadiran cahaya mata sulungnya itu tidak lama lagi.


Malah, Athira yang ditemui media pada Majlis Konvokesyen Badan Peneraju Industri Seni Budaya 2024 di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), pada Ogos tahun lalu turut enggan memberikan komen ketika ditanya berkenaan dakwaan sudah berbadan dua.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Namun, bercerai pada 27 Julai 2023.

Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 8 dan Umar, 5.


Hafidz yang juga finalis program pencarian bakat, Hero Remaja Edisi 2011/2012 berkahwin dengan cinta pertamanya, Athira Yuhada di Glenmarie, Shah Alam pada 15 Disember 2023.




Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zeelalala 7-2-2025 03:32 PM
Buka lagi 10 tajuk ye makcik. Biar meriah sikit
Quote Msambitious 7-2-2025 09:32 PM
Mybe la dia pregnant. Up story tadi pun letak sticker di perut.
Quote pocongkiutss 7-2-2025 10:46 PM
Bukan dr taun lepas acik porem ckp dia mengandung..punya lama buntingnya tak keluo2
Quote pocongkiutss 7-2-2025 10:47 PM
Msambitious replied at 7-2-2025 09:32 PM
Mybe la dia pregnant. Up story tadi pun letak sticker di perut.

Perlu ke nak letak stiker bagai...haha..tutup utk elak ain ke apa?
Quote Binodino 7-2-2025 11:51 PM
Zeelalala replied at 7-2-2025 03:32 PM
Buka lagi 10 tajuk ye makcik. Biar meriah sikit

Bulan depan puasa, lepas tu raya. Paham2 je la masing2 pakat kejar KPI
Quote KantoiLagi 8-2-2025 12:42 AM
Tahniah HR & AY

Sampai hati tak bagi tahu I yg you preggy
Larikkk


Quote pocongkiutss 8-2-2025 01:55 AM
Acah2 pulek..hahahah
Quote zuriey 8-2-2025 02:15 AM
Tahniah dkt diri sendiri ke tu
Quote noor2 8-2-2025 02:04 PM
Kecik molek...lawa juga
Quote Incanto 8-2-2025 02:13 PM
noor2 replied at 8-2-2025 02:04 PM
Kecik molek...lawa juga

lawa dgn gaya sendiri

tak try hard
Quote pocongkiutss 8-2-2025 02:14 PM
noor2 replied at 8-2-2025 02:04 PM
Kecik molek...lawa juga

Bior betul sisthur..camtu nabelah pun lawa la kan..kui kui kui
Quote noor2 8-2-2025 02:21 PM
Incanto replied at 8-2-2025 02:13 PM
lawa dgn gaya sendiri

tak try hard

Ya...biasa2 simple..mcm kita2 org biasa
Quote noor2 8-2-2025 02:22 PM
pocongkiutss replied at 8-2-2025 02:14 PM
Bior betul sisthur..camtu nabelah pun lawa la kan..kui kui kui

Dah tu pandangan mata akak yg sendiri pun x lawa mana
Quote nena9042 8-2-2025 03:14 PM
noor2 replied at 8-2-2025 02:22 PM
Dah tu pandangan mata akak yg sendiri pun x lawa mana


Quote sfrnna 8-2-2025 05:05 PM
Dia join koir kebangsaan haritu yg dgn syafinaz tu so obvious perut tgh besar macam tgk tunggu masa beranak jahhh
Quote Babimontel 8-2-2025 07:18 PM
Kalau dia tak lawo pun atleast dia tak perasan lawo. Road to jelitahhhhh! Dan perlu ke dia bgtau dia perghh ke tak kalau ye pun.
Quote pocongkiutss 8-2-2025 07:29 PM
Koh koh koh..dgn dia takleh ckp tak lawo..tp retis lain kat porem ni punya la mcm2 kena tibai muka awam la muka penyek la..moliaaa..even betty yg muka seiras dia pun kena panggil muka kuda..tibahh acah2 lupa ..hahahhaha
Quote likilu 8-2-2025 08:02 PM
Aww she's loved
Quote 800214 9-2-2025 12:54 AM
1000596413.jpg 1000596414.jpg 1000596415.jpg

Komen semua xrilex la. Seram acik. Mcm memasing dok dlm kain HR, AY, Shungai. Tidak la minat HR ni. Lagi2 lepas kes debik ex. Tp lagi nyampah baca komen2 yg semua terpaling tahu ni. Siap ada yg petik forum lagi kata berhaluan kiri. Siap kata HR jeles tgk shu  bijak dan berjaya.. Ya Allah.. Delulu memasing

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.051518 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top