CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face

10-2-2025 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 35138| Komen: 91|Original author: Raline

Sebagai seorang bapa, pelawak Shuib tersinggung apabila ada pihak bercakap buruk mengenai anak perempuannya iaitu Thalita yang kini semakin aktif dalam dunia seni.

Tampil mempertahankan anaknya itu, Shuib atau Shahmira Muhamad. 41, mengajak individu yang meninggalkan komen kecaman tersebut bersemuka dengan dirinya.

th 1.PNG


"Bila kau boleh komen macam ini aku sebagai bapa memang akan terasa.

"Apa salah beri sokongan, setidaknya pun kalau betul menegur DM (direct massage), bercakap dengan aku depan-depan," katanya.

th.PNG


Shuib menulis perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya berserta tangkap layar satu komen pengikut di media sosial.


Individu berkenaan dilihat seolah-olah mempertikaikan bakat nyanyian Thalita dan memberi nasihat agar anaknya itu lebih fokus kepada pelajaran.

Malah, individu itu juga menganggap Shuib sengaja mempergunakan anaknya disebabkan perniagaan yang dijalankan tidak menjadi.

Menurut Shuib apa yang dilakukan oleh anaknya itu kini juga sebagai salah satu pembelajaran untuk mencari rezeki di usia muda.


"Kalau nak kecam fasal bapa dia, Insya-Allah aku tak kisah sebab dah biasa orang beri komen bukan-bukan. Jangan sentuh anak aku.

"Dia muda lagi. Dia baru nak belajar masuk industri. Nak tolong bapa dia cari duit sendiri," ujarnya.

Nama Thalita atau Dzahira Thalita Zahra, 13, kini semakin menjadi perhatian selepas persembahannya menyanyi mendapat pujian ramai.

Bukan hanya itu dia juga kini mula menerima tawaran membuat reviu produk makanan.

Sumber: MStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote scrocth 7-2-2025 03:45 PM
Bkn thalita ja, umai pun sepatutnya fokus pd pelajaran dulu. Bila dh selalu buat show n dipuja puji ni, mana maunya rasa pelajaran tu penting?  Instead of nk jd the next siti sarah n siti nurhaliza, baik dorg fokus utk jd the next syafinaz or plg tidak ernie yg smbg blajar smp master kalau xsilap.
Quote adeqbun 7-2-2025 04:01 PM
koyak soeb ni..ko yg expose anak ko skang..drpd die dtg period tu lg ko expose mengaibkan anak sndri..
Quote innocentsangat 7-2-2025 04:02 PM
scrocth replied at 7-2-2025 03:45 PM
Bkn thalita ja, umai pun sepatutnya fokus pd pelajaran dulu. Bila dh selalu buat show n dipuja puji  ...


Ernie pun sampai master? Wow. Performing art ke?
Quote innocentsangat 7-2-2025 04:04 PM
"Kalau nak kecam fasal bapa dia, Insya-Allah aku tak kisah sebab dah biasa orang beri komen bukan-bukan. Jangan sentuh anak aku."

Haha. Mana ada. Haritu kan ramai nak kena saman.
Quote scrocth 7-2-2025 04:08 PM
innocentsangat replied at 7-2-2025 04:02 PM
Ernie pun sampai master? Wow. Performing art ke?

Aah i cek td mmg dhe ada masters in music dr UM lg
IMG_1753.jpeg
Quote penmerah 7-2-2025 04:09 PM
Tapi komen org tu sejajar dgn komen warga porem ie thalita takde pakej... thalita patut focus study
Why shuib kata thalita nak bantu bapa cari duit???
Dia kecik lagi... kenapa nak bantu cari duit? Ko pun bukan dhaif miskin shuib??

By the way... akak suka juga thalita ni manis gadis melayu
Quote innocentsangat 7-2-2025 04:10 PM
scrocth replied at 7-2-2025 04:08 PM
Aah i cek td mmg dhe ada masters in music dr UM lg

Waaa. Baru tau. Thanks u... Beauty with brain. Haha. Itulah. Thalita pun kena sambung study bagi jadi bijak2 begini dulu
Quote abadi84 7-2-2025 04:14 PM
Tak payahlah ajar anak jd selebriti klu sikit2 nak bitter.
Quote abadi84 7-2-2025 04:18 PM
penmerah replied at 7-2-2025 04:09 PM
Tapi komen org tu sejajar dgn komen warga porem ie thalita takde pakej... thalita patut focus study
...

Dia kata jgn kecam anak dia, tp iolls baca komen tu sekali lalu betullah dia kecam shuib.
Bisnes x laku nak jual anak.
Utk talita suruh fokus study.
Dah betul dah tu.
Hujung2 mcm mengiyakan sbb dia sendiri kata tolong dia cari duit.
Maksudnya?
Dah knp budak umur 12 tahun kena tolobg cari duit?
Kang nanti anak kau jd another Shila Amzah
Quote Incanto 7-2-2025 04:20 PM
innocentsangat replied at 7-2-2025 04:10 PM
Waaa. Baru tau. Thanks u... Beauty with brain. Haha. Itulah. Thalita pun kena sambung study bagi j ...

kalau arwah mak dia ada, aku rasa dia suruh Talita konsentret belajar sampai habis sekolah dulu
Quote innocentsangat 7-2-2025 04:24 PM
Incanto replied at 7-2-2025 04:20 PM
kalau arwah mak dia ada, aku rasa dia suruh Talita konsentret belajar sampai habis sekolah dulu

Setuju. Mau dgn netizen2 sekali berdesing telinga kena petir. Hahaha. Garang tapi penyayang.
Quote brainbiru 7-2-2025 04:27 PM
Edited by brainbiru at 7-2-2025 04:28 PM

Aku cuma nk ckp satu je.. masa Sarah meninggal... uwais n adik2 kat rumah tgk youtube.. masa tu mco so x boleh g hosp.. x boleh g kubur.. so dorang tggu kat rumah.. sambil layan youtube kat tv.. n YT  tunjuk trending kisah siti sarah. Antara thumbnail video yg kuar.. "Siti Sarah pulang ke negeri abadi" (lbh kurang gitulah ayatnya).

Lps tu shuib balik rumah, uwais (anak sulong) tanya.. "daddy.. ibu mana.. daddy betul ke ni..apa maksud ni(smbil tunjuk thumbnail vid youtube tu). Masa tu adik2 dia lagi 2 org dok melompat2..x tau apa2 yg sedang berlaku. Dan soeb pun explain kat anak2.. ayat lbh kurang.. "ingat x.. apa ibu pesan.. jgn tggal solat... etc etc.. ibu kat hosp kan hari tu... ibu dh x balik... ibu ada kt syurga skrg"

Sedih weiiiiiiiii... aku sedih bg pihak anak2 tu.... sedih sgt.. masa tu uwais n adik2 start menangis... (aku pun sebak nangis gak)
Quote MistrezHermanaz 7-2-2025 04:41 PM
betul ke soeb dh biasa dan x kisah kene kecam, bkn sikit2 nk saman ke..betul la org nasihat tu, x salah nk menyanyi, habiskan belajar dulu
Quote slyfynx 7-2-2025 06:16 PM
Org ngate kau melalui anak kau.
Tu sbb jgn jd bodo.
Seluruh keturunan kene maki
Quote LadyCarefree 7-2-2025 06:40 PM
innocentsangat replied at 7-2-2025 03:04 PM
"Kalau nak kecam fasal bapa dia, Insya-Allah aku tak kisah sebab dah biasa orang beri komen bukan-bu ...

Kenapa kena selit insyaallah? Bagi nampak yislamik?
Quote LadyCarefree 7-2-2025 06:42 PM
Koyak. Sikit2 koyak. Betullah komen tu. Takkan asyik nak puji je?
Quote TomyamPuteh 7-2-2025 06:45 PM
Tu je la modal dia. Ajak jumpa face to face. Nk suruh org face muka dia yg berkerak tu ke?
Quote MollyShannon 7-2-2025 06:58 PM
TomyamPuteh replied at 7-2-2025 06:45 PM
Tu je la modal dia. Ajak jumpa face to face. Nk suruh org face muka dia yg berkerak tu ke?

Quote Glass_shoes 7-2-2025 06:58 PM
Anak dia si Uwais tu je x ada aneh2 mencapub

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.055813 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top