CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Anak tak nak, duit terkejar-kejar,"-Datin Shahida, isteri Aliff Syukri pernah rasa nak gugurkan kandungan

10-2-2025 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29693| Komen: 8|Original author: Raline

Usahawan terkenal, Datin Seri Shahida mendedahkan pernah terfikir untuk menggugurkan kandungannya.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Shida atau nama lengkapnya Nur Shahida Mohd. Rashid berkata, dia disahkan hamil anak ketiga iaitu Ibrahim Adham ketika sedang di fasa kehidupan yang sukar.

df.PNG


"Ketika itu kami baru sahaja memulakan perniagaan dan sangat susah dengan anak-anak yang masih kecil lagi.

"Tiba-tiba saya disahkan mengandung, Baim (Ibrahim) itu kami tak rancang tapi ‘excident’. Semasa itu saya pula sedang menyusukan Qadeja dan memang tak datang bulan selama setahun.

Kandungan ketika itu sudah tiga bulan, tetapi saya tak tahu saya mengandung. Bila tahu mengandung, dunia rasa gelap gelita."


Justeru, Shahida pernah terfikir untuk mengugurkan kandungan tersebut namun nasihat daripada seorang doktor telah mengubah persepsinya.

"Saya pergi ke klinik untuk buat pemeriksaan. Ketika itu saya muda dan tak ada ilmu, saya tanya doktor, ‘boleh tak kalau saya nak gugurkan kandungan ini?

"Saya masih ingat sampai sekarang kata doktor itu, ‘awak adalah manusia yang tak reti bersyukur, orang lain tak ada anak buat macam-macam nak dapatkan zuriat tapi inilah manusia. Rezeki anak tak nak tapi rezeki duit dikejar-kejar.’


Sedar akan kekhilafan diri, isteri kepada usahawan Datuk Aliff Syukri itu kemudian bertaubat dan menjaga kandungannya dengan baik.

"Saya terus tersentak dan banyak kali buat solat taubat kerana berfikiran seperti itu.

"Selepas itu saya berubah, saya mula beli ubat, supplement, minum susu untuk betul-betul jaga kandungan."


Menurut Shahida, hikmah daripada kelahiran cahaya matanya itu adalah keluarga mereka dilimpahi dengan kemewahan.

"Di hujung fasa kehamilan saya dan selepas kelahiran Baim, mencanak-canak rezeki. Ketika itulah ramai orang mengenali jenama Dherbs.

Lahir sahaja Baim, kami boleh beli kereta Ferrari dan banglo.

Jadi jangan tolak rezeki anak, kadang-kadang kita tak sedar itulah rezeki yang Allah nak beri. Sampai sekarang rezeki anak itu tak putus-putus."

Sumber: Ohbulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 7-2-2025 06:13 PM
Lahir sahaja Baim, kami boleh beli kereta Ferrari dan banglo.



Hahahahahahahahahahahahahahahha. TAUBAT sgt kan
Quote bintangct 7-2-2025 07:42 PM
bila masa diaorg miskin
Quote Orion_Onion 8-2-2025 03:03 AM
Laki bini kaki drama murahan
Quote LadyCarefree 8-2-2025 04:40 AM
Mcm kesian kat kadijah tu xde life as a kid as a teenager. Terus dijadikan copypaste mak dia dari semua segi. Ammar pun sama dipaksa2 buat iklan apa semua. Anak2 dia ni mcm xde kawan umur sebaya buat aktiviti sesama.
Quote Isninselasarabu 8-2-2025 04:52 AM
Anak2 die sekolah kan... Mesti lah ade kawan2.. pastu diorang ni anak org kaya.. nk keluar sesuka hati kalau kene culik tak ke naya... Private life die tak tunjuk mestilah ade sebabnye.. bagus lah matang... Aku tengok ok je anak2 die... Life org kaya wlpn nmpk kesian tapi diorang byk.duit.. g travel overseas, gi umrah.. skolah private.. ade driver lagi..
Quote KirazMevsimi 8-2-2025 06:22 AM
moga bertambah tambah lagi rezeki nya ye, moga diberkati Allah perniagaan semua orang. amin
Quote PULANGKAN 10-2-2025 05:28 PM
dok ulang ayat anak adalah rezeki

islam kata, anak adalah amanah Allah

AMANAH

btw, kesian Baim bila baca artikel ni nanti. maknya pernah terfikir nak gugurkan dia
Quote Shayang 11-2-2025 07:41 AM
Tak penah nampak meskin pun
Lagi pun si terlajak laris dh mmg anak ongkaya ponder produk jd celah mana miskinnya

Sblm ko kahwin ngn dia, mak dia dah kaya
Nih dh sama mcm si serap nantu tokti tu punya cerita
Duit tinggal seploh hinggit dlm poket laa bagai
eh ko anak datuk kot..
Bapak ngn mak kaya raya mak tiri pun kaya
Toksah nak wat cerita sedih sgt laaa takat takde duit dlm poket je tp dlm bank berkepuk.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.189542 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top