CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sweet Qismina pernah dihina sebab tinggal di rumah kedai

10-2-2025 03:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28722| Komen: 0|Original author: Raline

Pelakon Sweet Qismina berkongsi kisah kepayahan hidup yang pernah dialaminya selepas arwah bapanya meninggal dunia.

Menerusi podcast Studio Sembang bersama pelakon Amelia Henderson, Sweet atau nama lengkapnya Farhanna Qismina Supandi bersyukur kerana dia dan keluarga pernah dilimpahi dengan kemewahan.

sq.PNG


"Saya tidaklah tinggal di dalam sebuah banglo atau lahir dalam keluarga yang berada.

Tetapi kami bersyukur dengan apa yang ayah saya sediakan, Alhamdulillah. Saya dapat merasa kehidupan sebagai golongan T20.

Walau bagaimanapun, segalanya berubah selepas arwah bapanya meninggal dunia.


Tetapi saya merasa itu semua hanya untuk 11 tahun sahaja, kemudian selepas ayah saya meninggal dunia, saya, ibu dan keluarga kena struggle semula."

Bercerita lanjut, aktres berusia 27 tahun itu berkata, dia pernah diejek kerana tinggal di rumah kedai.

"Ada yang pernah berkata kepada saya, ‘awak ini acah-acah sahaja berlakon macam banyak duit tapi duduk rumah kedai.’


Ya, saya memang pernah duduk rumah kedai dulu."

Dalam pada itu, Amelia turut mendedahkan bahawa dia juga membesar di rumah kedai sebelum ini.


"Saya membesar di dalam rumah kedai juga.

‘Shop house girl!’ Tetapi lihatlah siapa kami sekarang."

Sumber: Ohbulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.042962 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top