CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zamani Kesian Artis Tak Salah, Tak Tahu Apa-apa Tiba-tiba Kena Soal Siasat

7-2-2025 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18998| Komen: 9

Penyanyi Zamani mendedahkan dia pernah ditawarkan untuk menjadi duta dengan bayaran lumayan bagi sebuah syarikat tidak dikenali. 

Menurut Zamani yang juga vokalis kumpulan Slam itu, dia menolak tawaran tersebut kerana berasa ragu. 



Kosmo

"Ada sahaja tawaran diterima, tapi saya dan pengurus berhati-hati. Misalnya, tawaran buat persembahan. Kami akan pastikan dahulu, jangan main ambil sahaja.

"Baru-baru ini, saya ada terima tawaran mengerjakan umrah, siapkan sediakan duit poket. Saya tahu syarikat berkenaan mahu saya tarik orang pergi, jadi sanggup taja dan beri duit poket.

"Macam luar biasa. Saya akui, ini peluang baik, tapi saya tolak," katanya kepada Gempak. 

Zamani ditemui pada sidang media Konsert Slam Bersama MPO di sebuah hotel di ibu negara, petang semalam.

Mengulas lanjut, Zamani berkata dia dan pengurus sentiasa berhati-hati dan teliti sebelum bersetuju bergelar duta bagi mana-mana syarikat. 


“Saya berhati-hati kerana tak mahu terbabit dengan masalah. Kita nampak apa yang berlaku, jadi kasihan artis yang tidak terbabit. 

"Artis tak salah dan tak tahu apa-apa, tapi tiba-tiba kena soal siasat. Ia menjejaskan nama. Ada beberapa rakan artis yang pernah terkena, jadi saya kasihan mereka jadi mangsa. 

"Tak perlulah kita siasat sampai ke akar umbi, tapi sedikit sebanyak kena ambil tahu. Sebabnya, penghujung kita juga akan ditarik jika timbul dakwaan.

"Jadi, kita kena berhati-hati sebab kadang-kadang tak perasan," katanya lagi. 

Terdahulu, media tempatan melaporkan dua selebriti antara individu yang akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan kes syarikat perunding kewangan didakwa terbabit rasuah dan pengubahan wang haram.


Sumber- Gempak


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 7-2-2025 10:19 AM
Maksud abgadek kena hati2 ok bukan heols bekap retis yg “tak tahu apa2 tu”, heols kesian as mangsa je

Chuols jangan hencap abgadek eh kang senget lagi heols
Quote sleepandream 7-2-2025 10:34 AM
bekap nek ziana ke tu
Quote supernaturalee 7-2-2025 12:14 PM
dh tak tau ape2 tu diam



Quote abadi84 7-2-2025 04:13 PM
Bagus zamani ni tak gelap mata
Dia pun kesian org awam kena scam sbb dia
Quote imransulaiman 7-2-2025 06:12 PM
Maksudnya artis lain tu tak berhati-hati ye?
Kalau mereka tak berhati-hati, kenapa mesti kesian?

Tanya je...
Quote Carcosa 7-2-2025 08:27 PM
Mmg retis2 semua berotak udang dan bebal. Dpt duit terus sauk tanpa berfikir. Yelah, sangkak2 semuanya. Except for Zamani ni lah
Byk je retis2 sangkak Malaya jual muka, then rekyat marhaen purcaya, sbb "takkan la retis nak menipu" kata nyaaaa. Ujung2 basah lencun kepala kena kencing
Quote Belibis 7-2-2025 08:30 PM
Tapi ada jugak ex pm yang tak tau apa2 tentang wang masuk akaun..tiba2 jer kena sabit kesalahan.[em:3:]
Quote lazim 7-2-2025 08:37 PM
Artis bodo xpelik. Yg terpaling angkasawan pun lapaq duit mudah
Quote caca_eric 7-2-2025 09:01 PM
sleepandream replied at 7-2-2025 10:34 AM
bekap nek ziana ke tu

Membaca amalan mulia ekeke

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.036714 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top