CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gurauan Tiada Sekatan Buat Sesetengah Orang Tak Selesa - Scha Alyahya

7-2-2025 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16776| Komen: 4

Bukan sekadar hidup dilingkungi populariti, golongan selebriti merupakan suri teladan yang seharusnya menjadi contoh baik kepada masyarakat menerusi perkongsian hal bermanfaat.

Pelakon Scha Alyahya antara yang galak memberikan pelbagai pengisian menerusi media sosialnya dengan mengetengahkan pelbagai hantaran.



IG

Antaranya mengingatkan masyarakat terutama berkaitan budaya mempersendakan seseorang, termasuk menghina wajah, badan atau fesyen.

Ujar pemilik nama lengkap Sharifah Nor Azean Mahadzir, 42, budaya menjenakakan bentuk tubuh dan fizikal seseorang harus dihentikan walaupun sekadar gurauan kerana mampu mencetuskan rasa kurang selesa pihak lain.

“Apabila ‘face shaming’ (mempersendakan wajah) diketengahkan dalam media sosial itu bermakna benda ini sangat toksik.

“Ini adalah masa untuk hapuskan. Dahulu bukan tiada kesedaran tetapi kita rasa gurauan.


“Kadang-kadang gurauan tiada sekatan sehingga buat sesetengah orang tak selesa,” katanya kepada HibGlam.

Berkongsi lanjut, pelakon filem Air Force: The Movie – Selagi Bernyawa itu menjelaskan budaya henti menghina seseorang sudah dididik dalam pelajar agar dapat menjaga hati orang sekeliling.


IG

“Sekarang kena lebih sedar dan sensitif dengan apa kita buat. Dahulu bila bercakap kita akan rujuk badan atau wajah untuk menggambarkan seseorang.

“Benda ini sudah dimulakan di sekolah, jangan guna wajah, badan atau perkara sensitif sebaliknya jaga sensitiviti dengan orang lain. Niat kita tiada apa cuma perkara tersebut jadi kurang ajar, itu yang kita tidak mahu.

“Mempersendakan fesyen seseorang selagi tidak lukakan hati, tak langgar sempadan dan tahu limit, tak mengapa. Bermula dari sekarang dan praktis, lama-lama kita akan faham,” ujarnya lagi.


Sumber- Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 7-2-2025 11:08 AM
Scha ni orangnya sgt2 friendly. Takde kekwat sikit pun. Sangat chill.
Quote imransulaiman 7-2-2025 06:16 PM
Ni mesti sebab ada yang nose-shaming dia...tu lah dia bersuara.

Aku bukan nak kutuk ciptaan Allah...tapi kalau muka mengada macam Pajeli Yakup tu...hmmmmmm entahlah
Quote sharlenetexas 7-2-2025 06:19 PM
imransulaiman replied at 7-2-2025 06:16 PM
Ni mesti sebab ada yang nose-shaming dia...tu lah dia bersuara.

Aku bukan nak kutuk ciptaan Allah.. ...

Iols tgk hidung buatan cikbuah terus terfikir sebijik hidung oo
Quote zuriey 8-2-2025 08:10 AM
Kalau tak boleh shaming kena la haramkan ayat perangai sama hodoh dgn muka

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.035435 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top