CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pempengaruh Sebar Berita Palsu Kehilangan Eyka Boleh Dipenjara 10 Tahun

7-2-2025 09:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17911| Komen: 49

Pempengaruh Malaysia yang menghasilkan kandungan media sosial mendakwa kehilangan teman mereka di sebuah hutan di Kota Bandung, Indonesia boleh dikenakan hukuman berat oleh negara tersebut kerana menyebarkan berita palsu.


Mengikut Undang-Undang Nombor 11 Tahun 2008 berkenaan Informasi dan Transaksi Elektronik (Pasal 14), mereka yang didapati bersalah menyiar dan menyebarkan berita palsu boleh dikenakan penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum sebanyak RM270.75.


Penyebar berita palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum sebanyak RM270.75.

Menurut laporan media Indonesia, polis turut menyatakan kandungan yang dihasilkan juga tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa meskipun sudah diberi kelulusan oleh pengurus wilayah setempat.

Katanya, siaran langsung di Bukit Embah Gatur, Kota Bandung pada Ahad lalu menerusi TikTok dengan cerita sensasi ‘pempengaruh Malaysia bernama Eykaa hIlang selama 48 jam selepas membuat kandungan paranormal, ternyata hanya untuk meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut.


“Mereka telah meminta maaf kepada polis dan membuat kenyataan bertulis serta video pengakuan bahawa perkara tersebut tidak akan diulangi.

“Mereka juga tidak sebar bahawa undang-undang Indonesia mengenakan hukuman tegas terhadap penyebar berita palsu,” ujarnya.

Terdahulu, pempengaruh media sosial bernama Eykaa dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu di dalam hutan telah ditemukan selamat pada malam Rabu.

Gadis berusia 22 tahun itu ditemui kira-kira jam 10 malam dan penemuaanya dikongsikan menerusi penstriman langsung TikTok @Arasz.

Sementara itu, pempengaruh, Ammar Nazhan atau Ammar Nazhan Noralyadi, 29, tampil mempertahankan kebenaran kejadian tersebut dan turut menjelaskan dia diganggu perkara mistik semasa berada di sana.

Jelasnya, kejadian diganggu perakra mistik di kediaman yang dihuni adalah benar hingga membuatkan kami terpaksa berpindah ke tempat lain.


Sumber- Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 7-2-2025 10:00 AM
Adeh denda rm270 jer?
Quote kaoru44 7-2-2025 10:49 AM
hukum je..kasi pengajaran
Quote cmf_PariS 7-2-2025 10:58 AM
hukum je semak memalukanbiar dorg rasa.. kalau sedara mara aku mmg aku maki raya nnt
Quote mrsamz 7-2-2025 11:09 AM
Bagi la merasa duduk penjara indo tu
Quote Cpkay 7-2-2025 11:15 AM
dah sampai malaysia ke ? kalau belum eloklah ditahan kejap dan humban dalam hutan tu sebagai pengajaran.
Quote shi_jewel 7-2-2025 11:32 AM
muka si kentang scammer. sekali menipu, menipula selamanya..

yg perempuan tu pun tak pandai pikiorrrr. otak tertinggal di malaysia
Quote airfilterkotor 7-2-2025 11:48 AM
Bukit Embah Gatur...?
Yang ada Bukit Embah Garut jer kat Bandung tu.

Oii wartawan, lenkali semak dulu sebelum siar.
Quote SWORKS27 7-2-2025 11:55 AM
dia ni kaya ker? mcmna gadis2 tu boleh ikut sekali ke sana? x da mak bapak ke mereka?
duduk sekali dalam 1 villa ke mereka kat sana?
Quote dua_chzy 7-2-2025 11:56 AM
pocongkiutss replied at 7-2-2025 02:00 AM
Adeh denda rm270 jer?

Cer convert ke rupiah.
Quote tompie 7-2-2025 11:57 AM
Tolonglah amik tindakan yang tegas. kalau masuk malaysia aku harap pihak polis ke skmm ke boleh kutip diorang ni... semua benda kena ada batasan dia..
jangan biarkan benda mcm ni .. nanti makin melarat, semua jadik bodoh.. tolongla.. bagi pengajaran sikit.. pengajaran yang boleh deter orang lain dari buat benda bodoh mcm ni..
Quote PULANGKAN 7-2-2025 02:07 PM
pihak Malaysia hukum sekali

tambah lagi penjara dan denda maksimum

sebab scammer
Quote PULANGKAN 7-2-2025 02:16 PM
dik, ko bukan lagi content creator, or influencer

ko penipu

dari Malaysia sampai ke Indonesia ko tipu orang
Quote noorhairiahma 7-2-2025 02:16 PM
Tak payah balik Malaysia. Duduk je sana. Tak perlu kembali.
Quote nur_firdaus 7-2-2025 02:23 PM
sila lah penjara kan mereka. lepas tu berikan kerakyatan indonesia kepada mereka.
Quote She-Ra 7-2-2025 02:26 PM
bg dia & rerakan terpaling para mekap onpoint walau kwn hilang tu duduk dlm penjara indo dulu. semua yg terlibat patut dikenakan tindakan tegas. memalukan nama Malaysia je. dari awal dh agak sesuatu sangat. tgk muka sekor2 pun sesuatu, semasa kejadian pun parents mangsa hilang takde dtg ditempat kejadian. tak nampak pun ada gerakan search and rescue (sar). masa jumpa tu lagi laaaa jelas konten penipu, tgk mangsa halah halahhh bersihnya kamuuuuu, mekap mcm kelihatan menten, rerakan yg jumpa sempat pulak record. kita bila mencari org hilang, takde masa nak fikir merekod bagai laaaaa.. owhh lupaaaa, terpaling PARANORMAL kann.. nak sgt hilang ekkk?? moga doa korang dimakbulkan

Quote Moklove92 7-2-2025 02:45 PM
Indonesian police dah confirmkan news ni. Semoga one day memang hilang betul2. nak main2 sangat kan
Quote riyadhK 7-2-2025 02:46 PM
Humban je dalam penjara. Ada kat luar pon tak memberi faedah.
Quote MisXoXo 7-2-2025 03:06 PM
Meluat aku kalau bdk fries ni
Quote syafarah_2k 7-2-2025 03:12 PM
Muka hodoh mcm ni..content pun bangang..sek2 betina yg dok ikut dia ni..dah kena mandrem ke?
Mohon kerajaan Malaysia jgn bg balik depa ni..dah la memalukan negara..kita takmau puak2 bodoh mcm ni dlm negara..membiak kang
#donekecam

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.109556 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top