Pelakon Datin Intan Najuwa berdepan detik cemas apabila anak sulungnya, Imane Lunara disyaki mempunyai kahak. Bimbang ia menjadi lebih teruk, pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid tidak menunggu lama untuk membawa anaknya ke wad kecemasan di hospital swasta.
Difahamkan, dia bertindak untuk membawa Imane Lunara atau lebih dikenali Luna ke hospital susulan makluman daripada pihak pengasuh. "Tiga hari lepas, pengasuh memberitahu kemungkinan Luna ada kahak sikit. "Disebabkan itu, saya meminta semua orang untuk bersiap sedia dan bergegas ke wad kecemasan untuk memeriksa keadaan Luna," katanya. Intan, 28, berkata doktor memeriksa anak sulungnya lebih daripada sekali untuk memuaskan hatinya. Hasil pemeriksaan mendapati Luna ‘bebas’ kahak dan semuanya dalam keadaan baik. "Saya bercakap tanpa henti di hospital dan doktor juga memeriksa Luna beberapa kali supaya saya boleh tenang.
"Tapi rupanya, semuanya baik-baik sahaja. Saya yang drama queen. "Maaf Lunara, tak pasal-pasal kena bawa ke wad kecemasan. Nak tidur pun kena kacau, kesian dia.." tambahnya. Untuk rekod, Intan dan suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023. Sumber- OHBULAN
|
immortallez replied at 7-2-2025 10:58 AM
Tak suka part dia suka menunjuk. Tapi dalam kes dia panik anak berkahak tu kita faham la perasaan di ...
ADVERTISEMENT