CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelakon AS Wallace Shawn Samakan "Kejahatan Syaitan" Israel Dengan Nazi Jerman

7-2-2025 09:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8228| Komen: 5

Pelakon dan penulis drama terkenal Amerika Syarikat Wallace Shawn membandingkan layanan Israel terhadap Gaza dengan Nazi Jerman, menyifatkan tindakan mereka sebagai "kejahatan syaitan," lapor Anadolu Agency (AA).


Israel "melakukan kejahatan yang sama teruknya seperti dilakukan oleh Nazi," kata Shawn, 81, yang dikenali melalui peranannya dalam The Princess Bride dan Toy Story, dalam sebuah podcast yang dikeluarkan pada Isnin.


The Mary Sue

Dalam serangan Gaza yang mengorbankan lebih 47,000 orang dan mencederakan lebih 111,000, Israel "menyerang wilayah orang lain, merampas rumah-rumah orang dan melakukan banyak perkara yang dilakukan oleh Nazi terhadap orang Yahudi," kata Shawn.

Beliau menambah: "Dalam beberapa hal, ia lebih teruk kerana mereka seolah-olah berbangga mengenainya. Hitler ada rasa malu untuk menyembunyikannya...Orang Israel hampir berbangga dengan perkara ini dan ia adalah kejahatan. Tidak ada kejahatan yang lebih besar daripada itu."


"Seluruh dunia tahu yang mereka sedang membiarkan orang kelaparan, menghalang kanak-kanak daripada mendapatkan ubat dengan sengaja dan meletupkan hospital," kata Shawn, merujuk kepada sekatan Israel terhadap bantuan kemanusiaan termasuk makanan dan bekalan perubatan, serta beberapa insiden serangan ke atas hospital.

Shawn, yang berketurunan Yahudi menjadi pengkritik lantang terhadap dasar Israel dan menulis mengenai topik ini. Kenyataannya menerima kritikan daripada komuniti Yahudi dan yang lain, namun beliau bukanlah orang pertama yang membuat perbandingan sedemikian.

Shawn juga mencadangkan sesetengah orang Israel yang menyokong tindakan ketenteraan semasa ini mungkin suatu hari nanti akan menilai semula pendirian mereka.

"Saya rasa ada sesetengah orang Israel yang hari ini menyokong apa yang dilakukan negara mereka di Gaza atau Tebing Barat, akan bangkit dalam 10 tahun dan bertanya pada diri mereka, 'Bagaimana saya membenarkan ini?'"



Sumber- BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 7-2-2025 10:56 AM
iols suka atok ni dlm young sheldon. kipidap atok utk terus bersuara di kala semua retis hollywood yg A-listers diam.
Quote Freezies 7-2-2025 10:58 AM
Dr sturgis la.
Quote supernaturalee 7-2-2025 11:38 AM
BoongaKertas replied at 7-2-2025 10:56 AM
iols suka atok ni dlm young sheldon. kipidap atok utk terus bersuara di kala semua retis hollywood y ...

yup
quirky dan genius
sgt supportive utk sheldon pursue his dream


@Freezies

Quote imransulaiman 7-2-2025 05:37 PM
Kan Hitler dah cakap - dia tinggalkan sedikit kaum Yahudi tu untuk dunia melihat kejahatan mereka?

Tak gitu kata pak misai kontot?
Quote nipskacang 7-2-2025 10:48 PM
Freezies replied at 7-2-2025 10:58 AM
Dr sturgis la.

Hahah ex boy meemaw

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.034456 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top