CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Isteri Raffi Ahmad Marah, Miliki Kekayaan Hampir RM300 Juta Tapi Atap Rumah Bocor

7-2-2025 08:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6147| Komen: 0

Memiliki kekayaan hampir RM300 juta, siapa sangka pelakon Raffi Ahmad gagal membaiki masalah atap kediaman mewahnya yang bocor.

Hal itu terbongkar apabila isterinya iaitu Nagita Slavina membuat panggilan video dan memaklumkan kediaman mereka dimasuki air hujan akibat atap bocor.



IG

Raffi ketika itu sedang menjalani penggambaran sebuah program televisyen dan panggilan video daripada isterinya turut dimuat naik di YouTube SCTV.

"Kenapa macam ini? Lihat rumah kita," katanya.

Melihat keadaan rumahnya yang sudah dilimpahi air, Raffi hanya mampu terkejut selain menunjukkan riak wajah seperti tidak percaya dengan apa dilihatnya.

"Rumah saya bocor. Biar betul? Cuba lihat bahagian atas macam mana keadaan kebocoronnya?

"Saya sedang shooting, kamu telefon sahaja Revano," ujarnya.

Dalam pada itu, Raffi turut dilihat sempat mengirimkan pesanan suara kepada seseorang untuk memaklumkan keadaan rumahnya.



Raffi (kiri) menunjukkan keadaan atap kediamannya yang bocor.

"Rumah saya bocor ni, isteri saya sedang marah-marah. Tolong baiki ya," katanya.

Sebelum ini, Raffi menjadi tumpuan ramai apabila dilaporkan memiliki kekayaan sebanyak 1.03 trilion Rupiah atau RM282 juta.

Perkara itu didedahkan oleh Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK) Indonesia selepas Raffi atau Raffi Farid Ahmad, 38, mengisytiharkan hartanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.142635 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top