CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kesihatan Zamani Terjejas Bila Terlalu Penat

7-2-2025 08:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4510| Komen: 0

Vokalis Kumpulan Slam, Zamani Ibrahim mengosongkan jadual bagi memberi fokus kepada Konsert Slam Bersama Orkestra Filharmonik Malaysia atau Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 22 Februari ini.


Untuk itu, Zamani menolak undangan persembahan bagi memastikan tahap kesihatannya dalam keadaan baik untuk bersama anggota Slam iaitu Shah, Eddie, Lili dan Man.


Lady Bosz

"Alhamdulillah, tahap kesihatan saya bagus, cuma ada ketikanya agak penat disebabkan banyak komitmen tahun ini.

"Bagaimanapun, saya pastikan dapat meluangkan lebih banyak masa untuk sesi latihan bersama Slam. Saya juga tidak mahu terlalu penat.

"Jujurnya, saya memang sibuk dengan undangan persembahan yang tidak pernah putus. Dalam seminggu, antara tiga hingga empat hari saya sibuk. Saya tak ambil 'show' besar sahaja. Kalau boleh saya nak bertemu peminat pelbagai lapisan," katanya ketika ditemui BH Online pada sidang media di ibu negara, kelmarin.


Biarpun semakin pulih selepas menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit scoliosis, tiga tahun lalu, Zamani masih meneruskan rawatan susulan enam bulan sekali.

Selepas kali terakhir membuat persembahan bersama orkestra pada 1996, Slam teruja tampil berkolaborasi bersama MPO.

Ini konsert Slam kedua di DFP selepas kejayaan konsert solo Mei tahun lalu. Konsert bertemakan Slam Bersama MPO itu adalah bukti keunggulan muzik Slam sebagai band berkaliber.

Zamani berkata, dia giat membuat latihan untuk memastikan 16 lagu Slam yang digubah dengan susunan muzik lebih segar dapat disampaikan dengan baik.

"Kali pertama dengar gubahan baharu lagu Slam, saya tertanya-tanya adakah saya boleh buat.

"Kami bergabung dan bekerjasama bersama untuk menjayakan konsert ini. Persembahan kali ini juga jauh berbeza. Saya jamin ia sangat berbaloi," katanya yang bakal diiringi 65 pemuzik orkestra pada malam konsert.

Katanya, Slam akan menyanyikan lagu-lagu kesukaan ramai dengan gubahan baharu seperti Mentari Muncul Lagi, Manisnya Rindu, Kembali Terjalin, Rindiani, Gerimis Mengundang dan Jika Kau Rasa Getarnya.

Slam juga akan menyampaikan lagu Salam Terakhir yang dipopularkan oleh Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.

Band yang ditubuhkan pada 1993 itu melonjak popular selepas mengeluarkan album kedua, Kesan Terbukti pada 1995 yang mengandungi lagu-lagu malar segar seperti Gerimis Mengundang, Tak Mungkin Berpaling, Kembali Terjalin dan Nur Kasih.

Album itu mencatat jualan 300,000 unit di Malaysia dan Singapura serta melebihi dua juta unit di Indonesia.

Sepanjang karier, Slam sudah mengungguli banyak anugerah di acara muzik seperti Anugerah Industri Muzik, Anugerah Juara Lagu, Anugerah Musik Indonesia, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Voice Of Asia di Kazakhstan.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.127051 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top