CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hanya Berkasut, Wanita Bogel Jatuh Dari Kereta

6-2-2025 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13289| Komen: 0

Polis menjalankan siasatan berhubung seorang penumpang yang terkeluar daripada sebuah kereta dalam keadaan bogel di jalan raya di Vietnam, lapor portal berita VNExpress semalam. 

Kejadian berlaku di bandar Vinh, wilayah Nghe An pada 29 Januari lalu. 



Tangkap layar menunjukkan wanita terjatuh di atas jalan raya di wilayah Nghe An pada 29 Januari lalu. - VNExpress

Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan wanita itu terjatuh di atas jalan selepas pintu kereta sebelah tempat duduknya terbuka. 

Lebih mengejutkan, wanita itu hanya memakai kasut.

Dia kemudian ditarik oleh individu lain yang berada dalam kereta sama sebelum bergerak ke pangsapuri berhampiran. 

“Kira-kira dua atau tiga orang berada dalam kereta semasa kejadian. 

“Wanita itu mendakwa bahawa pakaiannya ditanggalkan semasa dalam keadaan mabuk,” tambah polis. 


Seorang peguam, Phan Van Chieu berkata: “Pemandu berkenaan melanggar peraturan lalu lintas kerana memberhentikan kenderaan secara haram dan membenarkan pintu terbuka.”

“Sekiranya wanita itu berada di bawah pengaruh alkohol atau ubat perangsang lain, tindakannya boleh dianggap mengganggu ketenteraman awam,” tambah Chieu.



Sumber – Kosmo Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.027982 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top