CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perak Larang Jualan, Minum Arak Di Lokasi Sambutan Thaipusam

6-2-2025 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10505| Komen: 1

Larangan penjualan dan penggunaan minuman keras akan dikuatkuasakan di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan perayaan Thaipusam di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan berkata, larangan itu adalah kali pertama dibuat susulan aduan dalam kalangan penganut dan pengunjung semasa sambutan sebelum ini.



Sivanesan (duduk, tengah) bercakap pada sidang akhbar di Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

Katanya, perkara itu akan dipantau oleh pihak berkuasa dan mereka yang melanggar peraturan itu boleh ditahan.

“Ini adalah permintaan kerajaan negeri,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Hari Thaipusam 2025 peringkat negeri Perak di sini hari ini.

Sivanesan berkata, dianggarkan tidak kurang 350,000 orang akan menghadiri sambutan perayaan itu termasuk pelancong di lokasi utama dari 10 hingga 12 Februari ini.


Sementara itu, beliau berpandangan usaha membangunkan garis panduan khusus berkaitan penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan selain Islam boleh dilihat semula.


Beliau berkata, perkara itu adalah sensitif dan mengharapkan perkara itu turut membabitkan pelbagai pihak termasuk Kementerian Perpaduan Negara. 


Sumber– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shamsadis 6-2-2025 05:44 PM
tiba2 macam function pulak

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.030946 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top