CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Semua Rezeki Kita Allah Yang Bagi' - Ini Respons Ruhainies Bila Netizen Harap Tak Pilih Aliff Aziz

6-2-2025 05:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10404| Komen: 3

Tiada pengesahan mengenai status hubungan namun pelakon Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz dilihat berbalas komen di laman Instagram dengan menghantar emoji bentuk ‘love’. 

Menerusi ruang komen di perkongsian terbaharu Ruhainies, terdapat seorang netizen yang berharap aktres itu tidak bersama dengan penyanyi kelahiran Singapura tersebut. 



IG

“Tak payah dengan Aliff tu. You cantik dan kaya… cari lelaki lain yang mcm you juga,” tulis individu tersebut.

Tidak melatah dengan komen tersebut, adik kepada aktres Nur Risteena ini bagaimanapun mengajak netizen untuk mendoakan agar Aliff juga menjadi seorang yang berjaya.

“Terima kasih. Semua rezeki kita Allah yang bagi. Termasuk saya. Tapi kena usaha la. Kita doa Aliff pun berjaya juga satu hari. 

“Kita tak tahu masa kedepan dia macam mana. Mari kita doakan untuk dia dan semua orang okay,” kata Ruhainies.


Tahun lalu nama Aliff atau Mohamad Aliff Aziz, 34, antara yang hangat diperkatakan kerana kontroversi ditangkap khalwat bersama Ruhainies pada 9 Mac 2024. 

Media melaporkan Aliff dan Ruhainies ditangkap berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur. 

Kedua-dua pelakon tersebut bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dalam prosiding yang berlangsung pada 3 Julai 2024. 

Kes itu masih dalam perbicaraan di mahkamah. 


Sumber- Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nolya 6-2-2025 05:44 PM
Aduhai..... awat netizen peduli sangat kat dua makhluk ni.  Kalau si R nak pilih AA jadi laki dia lantakanlah wei....
Susah senang esok, depa yg akan hadapinya. Ruhanies ada makpak dia yg boleh tolong nasihatkan, tolong pilihkan menantu mereka. Kita netizen, dengar ajelah cerita mereka, tak payah lebih2 pulak.
Quote anilanil 6-2-2025 06:41 PM
Mohon kemut & konek gi hiking Bukit Timah. Sempat lagi ni nak jual baju raya.  
Quote gideoncross 7-2-2025 11:45 PM
@AWEKSAMURAI @tidak_kelihatan Rilek je respon Ruhainies, x mcm Baylah Awg yg msti heret smua org ikut dia

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.032159 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top