Hafidz Roshdi mendakwa dirinya langsung tidak diberikan peluang oleh bekas isteri, Shuhada Mat Shukri untuk berjumpa dengan dua anak mereka sejak lebih setahun lalu. Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 31, mendakwa, dia masih belum dapat menemui Humairah, 8, dan Umar, 4, dan kali terakhir mereka berjumpa adalah pada penghujung tahun 2023.
"Saya tak tahu keadaan anak saya macam mana sekarang, namun perkembangan terbaru saya dapat tahu mereka dibawa ibunya ke Australia tanpa keizinan saya. "Kepada Umar dan Umairah, abah hendak bagi tahu yang abah sangat-sangat rindu pada Umar dan Umaira, abah harap kita dapat jumpa satu hari nanti insya-Allah," ujarnya ditemui pada Khamis. Pelakon itu ditemui selepas sebutan kes interim hadanah hak penjagaan dan hak penjagaan penuh difailkannya kepada bekas isterinya, Shuhada dan ibu Shuhada, Wan Latipah Yusof di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.
Terdahulu, Hafidz tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.50 pagi dengan diiringi peguamnya, Puteri Ummi Kartini Abd Latif sementara Nurul Shuhada dan ibunya, tidak hadir ke perbicaraan tersebut. Dalam pada itu, Hafidz berkata, nafkah bagi kedua dia anaknya itu akan dilaksanakan sepenuhnya kerana ia merupakan tuntutan dan sudah menjadi tanggungjawabnya. Namun, beliau kesal apabila sesetengah pihak di media sosial mengecam dirinya termasuk mencadangkan agar kedua-dua anaknya itu tidak berbinkan namanya. "Saya dengan tegas tujukan kepada mereka di luar sana yang menyatakan bahawa Umar dan Umairah tak perlu berbinkan pada saya, saya bagi amaran tolong hormati saya kerana saya tetap abah mereka. "Kalau ikutkan sudah hampir setahun lebih tak jumpa mereka cuma saya nak bagi tahu saya sangat-sangat rindu pada anak-anak saya," tambahnya lagi. Dalam perkembangan lain, mahkamah menetapkan 25 Februari depan sebagai tarikh baharu untuk sebutan semula kes hadanah berkenaan. Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 8, dan Umar, 4. Sumber- Sinar Harian |
putribonda replied at 6-2-2025 04:20 PM
btw, ex bininya mmg dapat hak penjagaan anak2 sepenuhnya ke?
iols tak follow kes depa ni so taktau.
KantoiLagi replied at 6-2-2025 04:58 PM
You
Tidak
Tiada kebenaran atau hak penjagaan penuh diberikan mengikut undang2 terhadap Ibu.
putribonda replied at 6-2-2025 04:20 PM
btw, ex bininya mmg dapat hak penjagaan anak2 sepenuhnya ke?
iols tak follow kes depa ni so taktau.
antiQue replied at 6-2-2025 05:08 PM
Regardless of whether dia diberi hak hadanah sepenuhnya atau tidak, apa yang si ibu buat sekarang ...
KantoiLagi replied at 6-2-2025 04:58 PM
You
Tidak
Tiada kebenaran atau hak penjagaan penuh diberikan mengikut undang2 terhadap Ibu.
hashashes replied at 6-2-2025 05:15 PM
Teringat Sam bunkface, ex wife dia bawa lari anak ke melaka pun heols dah bising2
Ni kan Aussie
Lag ...
KantoiLagi replied at 6-2-2025 04:58 PM
You
Tidak
Tiada kebenaran atau hak penjagaan penuh diberikan mengikut undang2 terhadap Ibu.
hashashes replied at 6-2-2025 05:17 PM
Wow so 25Feb ni lah the ultimatum ya
Tasabar nak tunggu ngai muka kusam balik Msia
antiQue replied at 6-2-2025 05:08 PM
Regardless of whether dia diberi hak hadanah sepenuhnya atau tidak, apa yang si ibu buat sekarang ...
melodikasih replied at 6-2-2025 05:27 PM
Tak pernah nak Komen, tapi bila dgr iv dekat sinar Tu Rasa geram betul dgn ngai ni, dah 3x tak dtg, ...
BungaKencana replied at 6-2-2025 05:40 PM
tp tolol ckp buat ape kau nk amk tahu.. masa curang tak mnta izin pulak.. bangang betul jd netizen.. ...
BungaKencana replied at 6-2-2025 05:40 PM
tp tolol ckp buat ape kau nk amk tahu.. masa curang tak mnta izin pulak.. bangang betul jd netizen.. ...
ADVERTISEMENT