Oleh Adib ZA Antara penyanyi era 90-an yang begitu menyerlah dan meninggalkan impak menerusi lagunya hingga kini ialah penyanyi Nora Ariffin.
Vokalnya yang tinggi, lantang dan tersendiri meletakkan dia dalam liga tersendiri setanding dengan nama besar seperti Aishah, Ziana Zain dan juga Siti Nurhaliza. Menerusi temubual bersama Sinar Harian, Nora berpendapat program Gegar Vaganza yang menjadi fenomena baru-baru ini merupakan satu platform sangat baik untuk artis lama. "Program itu merupakan satu ruang terbaik apatah lagi barisan artis yang terlibat bukanlah calang-calang orangnya. "Kebanyakan peserta yang menyertainya sudah pun ada nama cuma mungkin mereka menyepi seketika dan kini kembali beraksi," ujarnya. (sumber foto: Budiey)
Dalam masa yang sama, Nora berimpian untuk menyertai program itu suatu masa nanti. Malah, dia memberitahu pernah ditawarkan untuk Gegar Vaganza musim 2 namun ada salah faham berlaku. "Sebenarnya, saya ada ditawarkan untuk menyertai Gegar Vaganza musim kedua (GV2) oleh Astro.Ketika itu, saya diberitahu GV2 mahu dilaksanakan di Johor Bharu. "Selepas memikirkan akan komitmen terhadap keluarga, saya terpaksa menolaknya," katanya yang menganggap tiada rezeki ketika itu. - CARI Infonet Baca selanjutnya: Sinar Harian |
12
Bagus |
11
Marah |
15
Terkejut |
43
Sedih |
20
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Themilo replied at 7-1-2016 09:43 AM
meols pun suka sangat kak nora nih. cuma dulu-dulu sheols susah nak bersaing sebab CTDK always poton ...
fifie_olin replied at 7-1-2016 10:37 AM
sejak bertudung ni aku tgk dia sesuai jd setazah...
x yah la nynyi2 lg...dh x relevan
ADVERTISEMENT