CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sarjan Tak Mengaku Amang Seksual, Seks Luar Tabii Terhadap Anak Saudara

6-2-2025 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3882| Komen: 1

Seorang anggota tentera berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan seks luar tabii terhadap anak saudara perempuannya, 30 Januari lalu.


Lelaki berusia 40 tahun dan tidak diwakili peguam itu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Haderiah Siri.



Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun 10 bulan di bilik sebuah rumah di Jalan Serindit, Kem Terendak, Sungai Udang, jam 8.21 pagi, 30 Januari lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan sebat.

Selain itu, tertuduh pada tarikh, masa dan di tempat sama didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan aturan tabii terhadap kanak-kanak itu tanpa kerelaannya dengan meletakkan ketakutan kecederaan terhadap mangsa.


Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mahkamah menetapkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula, 6 Mac ini.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 6-2-2025 10:43 PM
babi nya berselera ngn budak2, keturunan sendiri pulak tu

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.024844 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top