CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dia Tahu Apa Yang Dia Dah Buat!" - Linda Minta Beego Hormat Keputusan Cerai

6-2-2025 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5359| Komen: 15

Linda Hashim tidak menyangkal kenyataan suaminya iaitu Beego ada memujuk agar memaafkannya dan kembali berbaik.

Linda atau Norhazlinda Hashim, 41, bagaimanapun nekad dengan keputusan untuk bercerai memandangkan sudah banyak peluang diberikan kepada Beego namun disia-siakan.


Sebaliknya Linda berharap agar Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, dapat menghormati keputusan dibuat kerana penceraian adalah jalan terbaik buat mereka berdua.


Harian Metro

"Apabila sudah rujuk dan ada peluang untuk perbaiki (masalah) tapi saya tidak nampak usaha itu. Memang sukar tapi inilah keputusan saya.

"Beego tahu perasaan saya macam mana, dia kena hormat apa yang saya rasa. Sekiranya tidak bercerai takut jadi tidak ikhlas.

"Dia tahu apa yang dia sudah buat!" katanya kepada mStar ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.


Linda mengulas perkara itu sebagai respon kepada kenyataan Beego yang masih sayangkan Linda dan sudah berusaha memujuk untuk kembali bersama.

Malah Beego tidak mengetahui atau mendapat sebarang notis tuntutan penceraian yang dibuat Linda terhadapnya.

Beego juga mendedahkan Linda sudah keluar dari rumah mereka bersama anak-anak dan tidak pulang sejak empat bulan lalu.

Dalam pada itu, Linda tidak menafikan kenyataan Beego mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak empat bulan lalu.

Bagaimanapun kata Linda, dia tidak pernah menghalang suaminya itu berjumpa dengan anak-anak walaupun sudah tidak tinggal bersama.

"Kami sudah empat bulan tidak duduk bersama tapi saya ada bagi peluang kepadanya berjumpa anak-anak.

"Saya tak pernah halang dia jumpa anak-anak," jelasnya.

Ditanya mengenai keadaan anak-anak, Linda memaklumkan puteri sulungnya iaitu Jelita Clarissa mengetahui akan masalah rumah tangga dihadapi mereka.

"Anak yang pertama sudah tahu (mengenai cerai) malah dia banyak bagi semangat dan kekuatan dekat saya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, mahkamah menetapkan 6 Mac depan bagi sebutan kedua kes penceraian pasangan berkenaan.

Untuk rekod, Linda memfailkan cerai terhadap Beego pada 17 Januari lalu dengan alasan sudah tidak mempunyai persefahaman.

Pada 27 Mac 2023, pasangan ini bercerai talak satu sebelum sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023.

Linda turut mendedahkan mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Mereka mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia yang kini berusia enam tahun.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Daftpunk_shine 6-2-2025 10:42 PM
Beego buat apa? Hahaha. Btw aku suka sangat tengok Linda ni. Cantik sangat. Harapnya lepas cerai dapat la job berlakon balik.
Quote Manusiabesa 6-2-2025 10:56 PM
Takda insider kt sini leh spill beego buat apa ke.curang ke. Nk kata xckup duit...yeke. eh pelik gak ni. Wonder apa beego buat. Kot xromen dh byk bulan ke cana... isteri ni klu laki culas mau seks pun rasa stress gak.
Quote dua_chzy 6-2-2025 10:58 PM
Baca artikel online tadi katanya ada unsur domestik violence?
Quote Perawankota 7-2-2025 12:04 AM
Kalau kaki pukul pastu tak der keje… memang Selamat jalan lah jawabnya
Quote aammyy 7-2-2025 12:32 AM
Dah cerai, rujuk, cerai lagi? Jadi yg ni last ke cerai?
Quote asfaz 7-2-2025 12:36 AM
aammyy replied at 7-2-2025 12:32 AM
Dah cerai, rujuk, cerai lagi? Jadi yg ni last ke cerai?

macam tu la kiranya. last dah.
Quote silampumeja 7-2-2025 01:26 AM
Takdak duit lah tu
Quote BoongaKertas 7-2-2025 08:38 AM
nyampah lah statement heols kata xtau psl pemfailan perceraian tu. bukan ke sheols dah keluar rumah 4 bln, chuols expect she duduk saja2 jer ke? yih mamat ni pun.
Quote mizruncing 7-2-2025 08:44 AM
kesian linda. lawa dia ni smpai dah 40 an pon..
Quote aammyy 7-2-2025 09:11 AM
I suka sgt tgk muka Linda ni. Tak jemu. Layan drama² dia kat Tv1, Tv2.
Quote syamzana 7-2-2025 09:13 AM
Perawankota replied at 7-2-2025 12:04 AM
Kalau kaki pukul pastu tak der keje… memang Selamat jalan lah jawabnya

suka memukul layak diceraikan aje, sayangi diri sendiri sebelum org lain.
kalau betul harapnya anak2 tak tau la ayahnya sebegitu.
Quote toynme 7-2-2025 09:44 AM
awet muda betul ea
Quote marchikobonzo 7-2-2025 09:46 AM
Sheols ni cantik & pandai berlakon..takda tea spilled ke apasal depa nak cerai?
Quote zehra2 7-2-2025 10:39 AM
kenapa linda tak berlakon semula? bertahan jugek walau rumahtangga porak peranda.
ke ada drama baru kita tak perasan.
dulu masa muda mcm tomboi skit.. tp bila kawin dgn beego  terus ayu bertudung.
kawin dgn beego tu pun kita tak sangka.
Quote areyam 7-2-2025 10:42 AM
rasa mcm msalah kewangan ... sbb lama x nampak bigo kat TV... atau ada job/bisnes lain.... kalau dah problem kewangan... bawak plak pada tekanan perasaan dan pukul2.... selalu gitu lah...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.036205 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top