Zamarul Hisham masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak dikejarkan ke sebuah hospital di Negeri Sembilan pada malam Rabu akibat sesak nafas. Isteri Zamarul yang juga aktres Diana Rafar memaklumkan dia masih menanti maklum balas daripada doktor berhubung masalah sebenar dihadapi suaminya.
Ini kerana kata Diana, Zamarul tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan malah seorang individu yang aktif. "Saya dapat bertemu dengannya dan Alhamdulillah dia berada dalam keadaan sedar. "Sebelum ini suami tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan malah dia sangat aktif dan tidak boleh duduk diam orangnya. "Jadi saya sedang menanti apa kata doktor tentang keadaannya," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis. Dalam pada itu, Diana memberitahu Zamarul berada dalam keadaan lemah ketika menjalani penggambaran sebuah drama di Port Dickson sebelum mengadu sesak nafas.
Kata Diana, dia bergegas ke lokasi penggambaran kerana dia bersama anak-anak mereka kebetulan sedang bercuti di Port Dickson. "Kebetulan saya sedang bercuti Port Dickson dan apabila pihak produksi beritahu abang (panggilan Zamarul) sesak nafas saya bergegas ke lokasi sebab berdekatan. "Saya tengok ada 10 orang mengerumuni abang untuk memberi bantuan sebelum ambulan datang dan dimasukkan ke ICU. Pada malam Rabu, Diana memuat naik hantaran di Instastory miliknya memohon orang ramai mendoakan kesihatan Zamarul yang berada di dalam ambulan menuju ke hospital. Sumber: mStar
|
Enola replied at 6-2-2025 07:45 AM
Influenza / pneumonia ke ni? Macam makin banyak kes lately
dua_chzy replied at 6-2-2025 03:49 PM
Barbie Hsu pun tiba2 meninggal sebab pneumonia.
syamzana replied at 6-2-2025 07:57 AM
iols pun baru bc lalu lalang kat explorer...
tak sangkanya san chai meninggal, dia sempat tak kawe ...
syamzana replied at 6-2-2025 03:57 PM
iols pun baru bc lalu lalang kat explorer...
tak sangkanya san chai meninggal, dia sempat tak kawe ...
dua_chzy replied at 6-2-2025 03:49 PM
Barbie Hsu pun tiba2 meninggal sebab pneumonia.
Enola replied at 6-2-2025 08:45 AM
Yea terkejut huhu tapi macam terbaca yang she memang ada health issue , asma kot . And she refuse ...
syamzana replied at 6-2-2025 03:57 PM
iols pun baru bc lalu lalang kat explorer...
tak sangkanya san chai meninggal, dia sempat tak kawe ...
Enola replied at 6-2-2025 04:45 PM
Yea terkejut huhu tapi macam terbaca yang she memang ada health issue , asma kot . And she refuse ...
ADVERTISEMENT