CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jatuh Dalam Lubang Ketika Pertunjukan Tarian Singa

5-2-2025 07:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 32411| Komen: 12

Sekumpulan belia yang sedang membuat pertunjukan tarian singa sempena sambutan Tahun Baharu Cina terjatuh dalam lubang besar apabila lantai kaki lima kedai tempat mereka berpijak di Jalan Bunga, di pekan ini tiba-tiba runtuh hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, tiga pembawa tarian singa terbabit tidak mengalami kecederaan, berjaya diselamatkan rakan sepasukan dengan menarik mereka keluar dari lubang sedalam hampir satu meter itu.


Pembawa tarian singa jatuh dalam lubang apabila lantai kaki lima kedai di pekan Tamparuli runtuh. - Foto NSTP/Johary Indan

Seorang penduduk, Rayner Ebi, 45, berkata kejadian yang tidak diduga itu mengejutkan orang ramai yang sedang menyaksikan persembahan tarian singa kumpulan berkenaan.

"Mujur tiada di kalangan pembawa tarian singa itu mengalami kecederaan dan berjaya dikeluar oleh beberapa mereka rakan sepasukan daripada lubang parit yang terbentuk.


"Kejadian itu adalah peringatan jelas mengenai pentingnya penyelenggaraan kemudahan asas di kawasan pekan dilakukan segera oleh pihak berkuasa tempatan," katanya.

Beliau yang juga pegawai pusat khidmat ahli parlimen Tuaran itu bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat mengenai kejadian.

"Masalah lantai kaki lima kedai bermasalah itu sudah dimaklumkan kepada Majlis Daerah Tuaran untuk tindakan keselamatan sebelum kejadian.

"Bagaimanapun, malang tidak berbau, kejadian lantai kaki lima kedai runtuh berlaku ketika pertunjukan tarian singa sedang berlangsung di lokasi itu," katanya.

Sehubungan itu, beliau mohon tindakan segera pihak berkuasa tempatan terutama Majlis Daerah Tuaran untuk memastikan keselamatan pengguna setempat.

Rayner menasihatkan pejalan kaki di pekan ini berhati-hati melalui kawasan berbahaya terbabit.



Sumber- Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote begg 5-2-2025 07:34 PM
Tahun ular manyiak soi..
Quote riyadhK 5-2-2025 07:53 PM
Kalau gitu takleh saman majlis daerah atas isu negligence ke? Dah buat aduan kan.
Quote lostnfaun 6-2-2025 08:11 AM
Gitu jer ke kontraktor simen?
Quote KamikuP 6-2-2025 09:08 AM
mALANG TAK BERBAU.. TAPI KENTUT BERBAU
Quote afie_m 6-2-2025 09:30 AM
kosong ja dlm tu..
Quote areyam 6-2-2025 09:35 AM
nasib baik tak kena telan macam macik kat masjid india....
Quote misszazaz 6-2-2025 09:59 AM
pulakkk
Quote mejaputih 6-2-2025 11:03 AM
lostnfaun replied at 6-2-2025 08:11 AM
Gitu jer ke kontraktor simen?

takde besi link langsung nk tampung beban.
Quote MistrezHermanaz 6-2-2025 11:07 AM
areyam replied at 6-2-2025 09:35 AM
nasib baik tak kena telan macam macik kat masjid india....

mmg sampai ke sudah x jumpa ye makcik tu
Quote emera 6-2-2025 11:21 AM
Ni bkn masaah penyelenggaraan.. ni masalah kontraktor pemalas & nk duit lbh.. buat asal ada. Keselamatan long term tolak tepi.
Quote B40tastePosh 6-2-2025 11:37 AM
Tahun ular bahaya lompat singa....kena lompat kijang dan lompat apek lompat.

Quote rospinki 6-2-2025 11:41 AM
takde intigriti langsung dari pemimpin smpi kontraktor smua kaki songlap

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.116368 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top