Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson sekali lagi menjadi perhatian ramai di media sosial. Menerusi perkongsian di platform X, tular sebuah muat naik memaparkan foto-foto Zahnita ketika menghadiri sebuah acara di ibu negara baru-baru ini. Potret-potret tersebut adalah hasil daripada juru mekap yang menyolek Zahnita untuk acara tersebut.
Anggun menggayakan busana serba putih, wanita berusia 40 tahun itu ternyata menyerlahkan auranya sebagai seorang selebriti yang memiliki rupa paras jelita. Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut. Rata-ratanya teruja dengan kecantikan Zahnita selepas berdepan pelbagai episod duka dalam hidupnya sebelum ini.
|
cicicumel replied at 5-2-2025 07:28 PM
Mekap mmg la lawa.Shu syuhada pn lawa mekap
ADVERTISEMENT