CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Tak Sorok Pamer Kemesraan, Ruhainies Dan Aliff Aziz Saling Berbalas Komen

5-2-2025 06:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12019| Komen: 19

Sekian lama tidak berinteraksi di media sosial, pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies dilihat berbalas komen di Instagram.

Apa mencuri perhatian, kedua-dua pelakon sensasi itu tanpa berselindung menunjukkan kemesraan menerusi penggunaan emoji.




Aliff dilihat berinteraksi dengan Ruhainies, 33, selepas aktres itu berkongsi foto menggayakan persalinan rona merah jambu sambil bergambar bersama sebuah kereta mewah.

Ruhainies berbalas emoji di ruangan komen Instagram.

Menerusi kapsyen pada gambar tersebut, Ruhainies memberitahu tidak akan menghabiskan tenaga bagi melayan perkara-perkara tidak sepatutnya.

"Tenaga adalah 'mahal', kita tidak akan berikan 'percuma' tahun ini," tulisnya.

Tanpa menulis sebarang komen, Aliff memberikan respon dengan menggunakan tiga emoji yang menunjukkan perasaan kagum, menggigil dan cinta.



Komen itu turut dibalas Ruhainies dengan tiga emoji hati berwarna merah.

Sepanjang tahun lalu nama Aliff atau Mohamad Aliff Aziz, 34, antara yang hangat diperkatakan kerana kontroversi ditangkap khalwat bersama Ruhainies pada 9 Mac 2024.

Media melaporkan Aliff dan Ruhainies dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Kedua-dua pelakon tersebut bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dalam prosiding yang berlangsung pada 3 Julai 2024.

Kes itu masih dalam perbicaraan di mahkamah.


Sumber- mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 5-2-2025 06:37 PM
Kes tangkap khalwat diorang ni dah setel la kn lepas suruh kawen xnak kawen tuhari? Naik court & bayar denda ja @ belum setel lg?
Quote pocongkiutss 5-2-2025 06:38 PM
Ala guna MO basi kan..acah2 berchenta..YAWN

Sama la dgn ex bini boypren acah2 kau tu
Quote bambimo 5-2-2025 06:46 PM
Cepat2 la nikah
Quote amyfaha 5-2-2025 08:16 PM
Encik sugarr dia x marah ke gosipp dia ngan dak alipppp? Berhabeh bnykkk kot utk belaaaa kak aniss
Quote PULANGKAN 5-2-2025 08:56 PM
jijik la kes diorang dua ni

itupun ada yang menyokong, enabler bagai, tak paham aku
Quote LadyCarefree 5-2-2025 09:12 PM
Setakat bagi emoji love tu tak bermaksud apa lah. Kolot betul fikiran.
Quote KakRumiMenari 5-2-2025 09:13 PM
Ni marketing dari brand baju raya mana pulak?
Quote Kuin-Kepam 5-2-2025 10:16 PM
Kemut dgn marketing murahan berpisah tiada.
Dah basi lah cara korang nak up nama tu.
Cari MO lain lah dek..org bukan bodoh
Quote suri33 5-2-2025 10:36 PM
Boringnya.
Quote sharlenetexas 5-2-2025 10:41 PM
Semoga berjodohanm

Quote Perawankota 6-2-2025 03:26 AM
Aku selamani klu org wish birthday, mesti aku reply ❤️❤️❤️…tak kiralah laki ke pompuan… Aishh klu mcmtu payahlah
Quote nonymous 6-2-2025 05:00 AM
kalo berjodohan cecepat kahwen nyah, xyh nak sorok dah, Ruru ni up sikit dr si Bella, xyh over marketing sampai panjat gunung ngendeng waibi, bosan citer gelenyer janda AA bertukar watak jntn demi viral.
Quote phalanx 6-2-2025 06:59 AM
orkid_amani replied at 5-2-2025 06:37 PM
Kes tangkap khalwat diorang ni dah setel la kn lepas suruh kawen xnak kawen tuhari? Naik court & bay ...

khalwat memang hukuman denda je sis. eh mahkamah syariah hukuman denda je, paling berat pun penjara seminggu ni kalau takleh bayar denda. sbb apa je bidang kuasa mahkamah syariah? munakahat je kan.
yg berat sikit terus report polis masuk mahkamah biasa sbb situ hukuman lagi berat.



Quote mrsLucky 6-2-2025 08:01 AM
semoga ada jodoh...perangai dah ngam...Aliff bagus tak pilih muka asal kan perempuan...
Quote TomyamPuteh 6-2-2025 08:04 AM
Tak nak ikut balik rumah lagi ke?
Quote BoongaKertas 6-2-2025 08:20 AM
hahahahahaha. so kes khalwat camner?
Quote rain2169 6-2-2025 08:41 AM
semoga mereka berjodohan....
I ok jerrrr if Alif dengan ruhainies....
Quote seri_mawr 6-2-2025 10:03 AM
Perawankota replied at 6-2-2025 03:26 AM
Aku selamani klu org wish birthday, mesti aku reply ❤️❤️❤️…tak kiralah laki ke pompuan… Aish ...

sama...aku pun gini....

tp tu la nitizen ni mudah trigger...

klu deme bercinta pun bior le...
.bella pun dah ada SS walaupun kadang2 bosan jua tgk hahhaha...


Quote tasha 6-2-2025 10:14 AM
Edited by tasha at 6-2-2025 10:15 AM

Loh salah je reply ❤❤❤ kt kawan?? Sesama single pulak
Lainlah klu post sdg bergesel....
Tetiba nitizen jd sesuci embun pagi

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.048250 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top