CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Along Cham Dihantui Saat Paling Gelap

5-2-2025 05:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9829| Komen: 0

Isteri Along Cham iaitu Afreena Suhaimi membuat luahan isi hati mengenai pengakhiran kisah rumah tangganya bersama pelawak sensasi itu.

Dalam hantaran dalam Instagram, Afreena berkongsi mengenai tempoh tujuh minggu terakhir yang menguji dirinya, namun pada masa sama memberi kekuatan.



IG

"Afreena yang dahulunya seorang yang ceria, penuh warna-warni, periang, ramah dan suka bergurau, kini berubah menjadi seseorang yang tidak lagi mengenali dirinya sendiri.

"Terperangkap dalam titik terendah kehidupan, dihantui oleh saat-saat paling gelap yang meninggalkan kenangan pahit, menyakitkan dan mencengkam jiwa.

"Saat-saat sukar mengajar aku lebih banyak daripada yang pernah aku fahami sebelum ini. Kekuatan aku bukan datang dari kemenangan, tetapi dari setiap perjuangan dan kepayahan yang aku lalui sepanjang enam hingga tujuh minggu terakhir ini," tulisnya.


Afreena tidak menafikan dalam rumah tangga, kedua-dua mereka ada kelebihan dan kekurangan.

"Suamiku, aku mungkin bukan isteri yang sempurna. Kadangkala aku berkata perkara bodoh, ketawa pada waktu tidak sepatutnya dan melakukan kesilapan mencetuskan perbalahan antara kita.

"Kita berdua bukan insan yang sempurna. Kita memulakan perjalanan ini dengan indah, jatuh dan bangun bersama, hanya kita berdua benar-benar memahami pahit manisnya.

"Kita pernah rapuh, hampir terpisah, namun kita memilih untuk bertahan kerana kita percaya bahawa ini adalah ujian besar daripada Allah SWT.

"Aku masih ingat kata-katamu, 'Sayang, Allah tidak melihat bagaimana kita bermula, tetapi Allah melihat bagaimana kita mengakhiri kehidupan ini," tulisnya.



Hantaran itu turut disertakan dengan doa buat kesejahteraan Along dalam kehidupannya.

"Hubungan kita pernah berada di titik paling rentan dan hanya Allah yang mengetahui apa yang berlaku. Namun, aku bersyukur dan berterima kasih kerana Allah mengurniakan aku seorang suami sepertimu.

"Tiada kata dapat menggambarkan betapa aku menghargai setiap pengorbananmu sebagai suami dan ayah. Aku mendoakan agar Allah membalas segala kebaikanmu di dunia dan akhirat. Engkau adalah pengalaman paling berharga dalam hidupku.

"Semoga Allah mempermudahkan perjalanan kita selepas ini dan memberikan yang terbaik buat kita berdua," tulisnya.

Menutup coretan itu, Feena akan meneruskan perjalanan kehidupan dan memberikan tumpuan kepada karier serta anak-anak.

"Dan untuk diriku sendiri? Setiap permulaan baru lahir daripada pengakhiran lain. Karier dan anak-anakku adalah keutamaanku.

"Walau sesukar mana pun masa lalu, aku akan pastikan perubahan berlaku dan memulakan sesuatu yang baru. Yang melangkah pergi, Feena Suhaimi," tulisnya.

Pada minggu lalu, Along ditemui media di perkarangan luar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya untuk tujuan memfailkan dan mengesahkan lafaz cerai taklik terhadap Afreena.


Sumber- Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.047740 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top