CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah 2 Hari Influencer Malaysia Hilang Dalam Hutan Di Bandung Ketika Aktiviti Paranormal

5-2-2025 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6023| Komen: 17

Personaliti media sosial dikenali Eyka dilaporkan hilang semasa melakukan aktiviti paranormal di sebuah hutan di Bandung, Indonesia sejak Isnin lalu.

Khabar itu disahkan oleh rakannya Ammar Nazhan atau Ammar Mohd Nazhan Noralyadi, 29, yang mengetuai aktiviti berkenaan.


Eyka masih belum ditemui selepas dua hari menghilang.

Ammar berkata dia menyedari kehilangan Eyka atau Nur Syafiqah, 22, pada pukul 2 pagi semasa melakukan aktiviti paranormal di dalam hutan.

"Pada malam itu lebih 20 orang mengikuti rombongan ke kawasan tersebut tapi hanya tujuh individu termasuk Eyka yang masuk ke dalam hutan.

"Kami menyedari kehilangan Eyka sekitar pukul 2 pagi Isnin ketika sedang lakukan aktiviti paranormal di dalam hutan.

"Hanya dia seorang saja perempuan yang ikut masuk ke dalam hutan dan dia datang bulan ketika itu," katanya ketika dihubungi mStar.



mStar

Menurut Ammar, laporan polis dibuat selepas Eyka hilang selama 48 jam memandangkan ia syarat yang ditetapkan pihak berkuasa di negara itu.

Katanya ketika ini usaha mencari sedang giat dilakukan di dalam hutan berkenaan.

"Sebelum membuat laporan polis kami sudah membuat pencarian dan kami membuat laporan polis selepas 48 jam seperti disarankan pihak di sini.

"Turut terlibat dalam pencarian ini orang kampung, pihak polis dan juga tentera. Buat masa ini kami masih belum terima apa-apa maklumat lagi," ujarnya.


Eyka (kiri) berbaju biru sempat mengambil gambar bersama rakan-rakan sebelum dilaporkan hilang.

Sementara itu, Ammar turut memaklumkan ahli keluarga Eyka yang berada di Malaysia sudah mengetahui khabar kehilangan anaknya itu.

Malah dia dinasihati untuk tidak mengambil sebarang langkah yang terburu-buru buat masa ini.

"Saya sudah maklumkan kepada ahli keluarga Eyka dan saya minta agar keluarga tak perlu bimbang kerana segala di sini akan saya uruskan sehingga Eyka ditemui," kongsinya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai kehilangan Eyka selepas Ammar berkongsi perkara itu di platform TikTok miliknya.


Sumber- mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 5-2-2025 05:02 PM
Kontent - getus hatiku yang hitam pekat ini
Quote cikatilia 5-2-2025 05:19 PM
Edited by cikatilia at 5-2-2025 05:20 PM
KamikuP: Kontent - getus hatiku yang hitam pekat ini
kann?? aku pon rasa jugak..
kalau hilang terus baru ada akai...


Quote kaoru44 5-2-2025 05:20 PM
ingtkn xda org buat aktiviti paranormal dh skrg
Quote tri-max 5-2-2025 05:20 PM
kenapa tak hilang semua sekali
rimas tgk sekor2
Quote pearl.silver 5-2-2025 05:35 PM
Depa nk wat filem baru ke?
Quote PULANGKAN 5-2-2025 05:55 PM
Ammar ni yang dulu selalu buat konten kontroversi kan

sengaja mengundang kecaman. dah kena tegur banyak kali, kena amaran, sampai ke tahap terima ugutan, masih tak berubah

bila jadi macam ni, nak simpati pun payah
Quote Sazreena 5-2-2025 06:05 PM
Period...pastu gatal bijik buat paranormal...tak tau la dalaman ko kuat ke idok, ada isi ke idok. Ni lak ko terjah hutan kat bandung.  Semoga ko jumpa jalan balik la dik.
Quote exclusive_vvip 5-2-2025 06:38 PM
Sazreena replied at 5-2-2025 06:05 PM
Period...pastu gatal bijik buat paranormal...tak tau la dalaman ko kuat ke idok, ada isi ke idok. Ni ...

kannnn..dgn ilmu masuk hutan pun x cukup..taktau la diorg ni buat content ke apa..tapi ada arwah schoolmate i meninggal sbb period masuk hutan jugak..camping unit uniform..arwah period pastu gi buang pad kat tempat tak sepatutnya..tapi tidak la meninggalnya kena cekik ngan hantu mcm citer horror tu..masa tgh camping tu arwah jadi meracau2 pastu dihantar balik rumah..tapi x sembuh2..ustaz yg merawat soh family gi cari balik pad yg dia buang tu..tak dpt jumpa smpi ke sudah..sebulan jugak arwah jadi meracau2 tu..pastu meninggal..aritu i ada terbaca sorang forumer ni ada citer pengalaman seram kat 1 resort dia pegi..mmg situ la kawasan arwah schoolmate tu camping..i pun memula heran masa tau ada nak dibuat resort kat situ..
Quote pocongkiutss 5-2-2025 06:40 PM
KamikuP replied at 5-2-2025 05:02 PM
Kontent - getus hatiku yang hitam pekat ini

Sama..sbb tu dia ckp jgn risau la hapa..sah content

Btw ammar nazhan ni mcm pengkid
Quote cha-cha 5-2-2025 06:42 PM
Ammar ni yang dungu tu kan?
Quote bottombikini 5-2-2025 06:46 PM
biarin...

dia yg nak sangat berkawan dgn setan
Quote Sazreena 5-2-2025 06:53 PM
exclusive_vvip replied at 5-2-2025 06:38 PM
kannnn..dgn ilmu masuk hutan pun x cukup..taktau la diorg ni buat content ke apa..tapi ada arwah s ...

Allahu...ye paham...asbab dia meninggal sebb sakit yg berpanjangan lepas camping.
Benda ghoib ceni tak semua org leh brain..nak-nak pulak yg terpaling bandar dan sains ni.
Tapak camping tu kat pahang ke sis? Teybeh kesurupan semangat acik bawang.
Quote anilanil 5-2-2025 07:07 PM
Budak fries tersembur ni kalo kawan dia betol hilang pon susah nak caye. Btw dah tahu period nape vangang sgt gi join? Eh kalo kat hutan libur malaysia pon takleh join ko lagi nak masuk hutan kat bandung? Ada hati pulak lg nak cakap family supaya jgn risau anak org dah hilang 2 hari? Ntah sapa2 la yg subscribe channel lembam ni.
Quote dua_chzy 5-2-2025 07:08 PM
Better la konten daripada betul2 hilang. Semoga konten ja.
Quote doubleA 5-2-2025 07:36 PM
Tak kenal sebab iols tak minat follow content creator takda faedah atau benda yg tak menambah pengetahuan

Tapi nak masuk hutan ke aktiviti paranormal ke kena ada ilmu dan pendinding diri. Hutan, laut semua tu ada misterinya tersendiri. So ni kes takda penyakit, sendiri cari penyakit
Quote papadomku 5-2-2025 07:38 PM
tri-max replied at 5-2-2025 05:20 PM
kenapa tak hilang semua sekali
rimas tgk sekor2

Hahaha.. i setuju komen u ni terutama si amar tu.
Quote She-Ra 5-2-2025 07:40 PM
meols layan para jgk tp tak kenal pulak dak ni. apapun moga dipermudahkan pencarian dan dijumpai dlm keadaan selamat. andai hanya konten, moga dpt pengajaran di kemudian hari. benda gini nak buat main2

meols suka masuk hutan jgk...pendaki gunung pencinta alam semulajadi, menikmati keindahan alam ciptaanNya..sepanjang masuk hutan ni, tak pernah sekali fikir benda2 mistik. seram2 sikit tu ada la, nak nak time mlm buta nak membuang. tdo dlm hutan tu, ok je

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.065815 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top