Seperti diketahui ramai, sejak kebelakangan ini sering kali kita dapat lihat kemesraan yang dipaparkan oleh selebriti, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq di laman media sosial.
Terbaru, Ahli Parlimen Bukit Bendera, YB Syerleena Abdul Rashid tampil menegur Syed Saddiq agar tidak melupakan tanggungjawab utamanya sebagai wakil rakyat. Dapat dilihat dalam satu video di TikTok, YB Syerleena berkata dia memahami usaha Syed Saddiq sebagai anak muda cuba mendekati golongan belia dan wajar untuknya menjiwai watak ‘anak muda’ seperti aktif bersukan, mendaki gunung dan bersosial. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bukit Bendera itu merasakan ia tidak boleh keterlaluan sehingga mengabaikan tanggungjawab asal. "Suka melancong, no problem dan melepak dengan artis. Tak ada masalah juga. Tetapi bukanlah keterlaluan sampai keluar dalam berita gosip. Akak nak bertegas, kita ni dibayar gaji yang tinggi untuk all out bantu rakyat di Kawasan," katanya.
Tambahnya, tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen merupakan satu tugasan yang besar dan bukannya sekadar platform untuk raih populariti tetapi digunakan sepenuhnya untuk berkhidmat kepada rakyat. Akhir kata, YB Syerleena merasakan jika Syed Saddiq tidak boleh memikul tanggungjawab tersebut, beliau menyarakan agar dia serahkan jawatan tersebut kepada individu yang lebih komited untuk membantu rakyat. Sumber- BeautifulNara
|
KBW2 replied at 4-2-2025 02:51 PM
Komen-komen kat tiktok ni mmg penuh dengan warga bodoh pekat eh? Patutlah makin giat SS buat benda b ...
manehnya replied at 4-2-2025 02:55 PM
sebok lah makcik nih... 1 malaysia tak kata apa pun, suka lg ada, yg makcit tiber...
otai_g replied at 4-2-2025 02:55 PM
Itu lah mcm dia pnjt gunung Kinabalu, apa untungnya pd rakyat? Tlng pahamkan aku..
KBW2: Komen-komen kat tiktok ni mmg ...
ADVERTISEMENT