Seorang wanita di India tergamak menipu suaminya hingga lelaki itu menjual buah pinggangnya di pasaran gelap kononnya untuk membiayai pendidikan anak perempuan mereka. Selepas mendapat wang hasil jualan, wanita itu melarikan diri dengan kekasihnya. Oddity Central melaporkan, wanita dari West Bengal itu didakwa menghabiskan masa berbulan-bulan untuk meyakinkan suaminya supaya menjual salah satu buah pinggangnya dengan alasan perlu membiayai kos pengajian tinggi anak perempuan mereka dan mengatur perkahwinannya pada masa hadapan. Walaupun berat hati pada awalnya, suami wanita itu melakukannya juga kerana percaya pengorbanannya akan memperbaiki kewangan keluarga dan menjamin masa depan anaknya. Sumber- Harian Metro
|
ADVERTISEMENT