CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Sekolah Agama Tak Mengaku Amang 2 Pelajar Lelaki

4-2-2025 01:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 38049| Komen: 35

Seorang guru sebuah sekolah menengah agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan amang seksual terhadap dua pelajar lelaki, dua tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Fairus Abu Zaik, 44, mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan tersebut di hadapan Majistret, Nurshahida Abdul Rahim.



AHMAD Fairus (tengah) berjalan menuju ke kamar mahkamah bersama peguamnya di Kompleks Mahkamah Kangar, hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, dia yang berasal dari Ayer Itam, Pulau Pinang dituduh melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun antara pukul 2.40 petang hingga 11 malam dari 21 Ogos hingga 27 November 2023 di bilik media sekolah tersebut.

Tertuduh turut didakwa melakukan perkara sama pada seorang pelajar lelaki lain, juga berusia 13 tahun di lokasi sama pada pukul 12.15 tengah hari, November 2023.


Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan tersebut yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Ahmad Poad manakala tertuduh diwakili peguam, Mohamad Alif Farhan Mohamad Supian.

Sementara itu, Nabilah memohon mahkamah menetapkan jumlah ikat jamin sebanyak RM19,000 bagi kelima-lima pertuduhan tersebut, namun pembelaan memohon jumlah tersebut dikurangkan.

Mohamad Alif Farhan dalam hujahannya berkata, anak guamnya menyara seorang isteri dan anak angkat yang bersekolah selain memiliki beberapa masalah kesihatan kronik.

Katanya, anak guamnya menghidap penyakit buah pinggang tahap empat, menunggu masa untuk melakukan pintasan jantung serta baru keluar dari wad kerana serangan strok.

Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan untuk sebutan semula kes pada 5 Mac depan. Tertuduh membayar wang jaminan ditetapkan. 


Sumber– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slavehunter 4-2-2025 04:59 PM
Kita nantikan ustaz Malaysia keluar hukum nanti. They invest so much time correcting womens tanpa disedari kaum lelaki menoron sesama sendiri.
Perempuan haram. Tapi bab liwat, rogol sesama jenis buat buat diam setad Malaysia ni.
Quote hokeypokey 4-2-2025 05:41 PM
saya setuju dengan komen orang atas
Quote Freezies 4-2-2025 05:45 PM
Time mengehgeh tkde pulak keluar penyakitnya.
Quote PULANGKAN 4-2-2025 06:30 PM
anak guamnya menghidap penyakit buah pinggang tahap empat, menunggu masa untuk melakukan pintasan jantung serta baru keluar dari wad kerana serangan strok.


cash

harap tersiksa lagi

Iols benci pedo
Quote Carcosa 4-2-2025 08:35 PM
Dah mcm2 penyakit pun, sebok nak menoron anak bujang org. Patut kena panah petir je pelir kau tu.
Dasar bangsat pedo.
Quote Minami2013 4-2-2025 08:39 PM
Kalau betul mmg patut direjam sampai mati je. If budak tu bertukar nafsu songsang pulak mmg laknat sungguh.
Quote Momohizan 4-2-2025 09:21 PM
Carcosa replied at 4-2-2025 08:35 PM
Dah mcm2 penyakit pun, sebok nak menoron anak bujang org. Patut kena panah petir je pelir kau tu.
Da ...

I nak kerajaan chemically castrate pedo n rapist. Dah 2025 ni, kalau gomen still tak nak buat sex offender registry, buang je anu pedo n rapist ni.
Quote Shayang 4-2-2025 10:50 PM
Boleh tak mana2 ustak yg kena dakwa mengaku je mcm piyu tu

Jimat duit pembayar cukai

Quote B40tastePosh 4-2-2025 10:56 PM
Buah pinggang rosak ni ada unsur buatan orang.

Hati2 lah.
Quote Jitu 5-2-2025 12:44 AM
merosakkan imej agama je celaka pedo ni
Quote akies 5-2-2025 12:48 AM
Apo nk jd ustaz ni?
Dgn budak2 ko nk pedajal?
Quote Gokuuu 5-2-2025 02:07 AM
Knp ostaj2 dan ostajah dlm melezia ni mcm berat sblh ?Bab liwat rogol amang seksual ni dah jd makanan tiap minggu tp takde sorang pun tegur?

Bab wanita..A to Z kelebek sampai habis.
Lagi2 bab aurat guideline pemakaian wanita islam.

Habis si jantan amang seksual sesama lelaki?Apa dehal?

Come on la ustaz...rosak ugama ni angkara kaum agamawan juga yg berbulu ayam
Quote missyL 5-2-2025 08:03 AM
Harap2 sempat taubat seblom meninggal
Mmg aku percaya sgt kt mangsa.
Sian bdk tu
Trauma
Semoga dipermudahkan urusan ko dik menghadapi hidup ini
Quote toynme 5-2-2025 08:09 AM
slavehunter replied at 4-2-2025 04:59 PM
Kita nantikan ustaz Malaysia keluar hukum nanti. They invest so much time correcting womens tanpa di ...

bab gini mmg diam ler mike
Quote AbukRokok 5-2-2025 09:14 AM
lelaki sama lelaki xpe...bukan berkhalwat

-Abu Omar Al Petani
-pakcik ISIS-
Quote AbukRokok 5-2-2025 09:16 AM
Haram Bercinta Sebelum Kahwin
Main jubo isap pele dengan budak lelaki xpe

- ustad tiktok wannabe -
Quote hayrin86 5-2-2025 09:30 AM
Kes ini dah termasuk rogol atau perkosa sesama jantina..
Quote hiswife 5-2-2025 09:30 AM
Belum disabitkan kesalahan dah terpampang muka
Quote BeskotCekelat 5-2-2025 09:44 AM
Rileksla achik2 porum semua, hukuman belum jatuh lagi dahkena hukum dengan netizen.
Tunggu keputusan hakim dulu la baru boleh hencap.
Tapi respek jugak ustat ni, dia pergi mahkamah tak pakai kopiah walaupun dia ustaz.
Hat lain, perogol, pembunuh, masuk mahkamah ja teruih pakai kopiah.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.081901 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top