Oleh Adib ZA Antara makanan yang sangat baik untuk ibu hamil ialah buah nona. Ya, jarang kan kita mendengar kebaikan buah nona.
Rasanya yang manis, mengandungi sangat banyak khasiat buat para bakal ibu. Jom lihat antara kelebihan buah nona ini untuk ibu hamil: 1. Sumber vitamin A dan C Dua vitamin ini sangat penting buat ibu hamil kerana ia membantu perkembangan janin. Ia membantu mengembangkan saraf janin dan juga pertumbuhan bayi anda. 2. Kaya dengan kalori Wanita mengandungi memerlukan ekstra kalori untuk memastikan badan sentiasa berternaga. Buah ini mengandungi kalori yang tinggi. Juga bagus buat anda yang ingin menambah berat badan.
3. Melawan sembelit Antara masalah ibu hamil ialah sembelit. Namun jangan risau, buah nona tinggi kandungan serat. Ia sekaligus memberi tenaga, melancarkan penghadaman dan juga meningkatkan peredaran darah. (Sumber foto: Carian google) 4. Menyingkirkan racun Buah nona tinggi dengan antioksidan. Ia dapat melawan radikal bebas dan menyingkirkan toksin juga racun dalam badan. Buah nona juga membuatkan anda selesa dan terhindar daripada morning sickness. 5. Atasi masalah gigi Ibu hamil sering mengalami radang gigi dan gusi. Namun buah nona dapat mengurangkan masalah ini. Ini kerana ia kaya vitamin dan nutrisi. - CARI Infonet |
13
Bagus |
11
Marah |
11
Terkejut |
13
Sedih |
26
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
akies replied at 8-1-2016 06:25 AM
Mana nak cari buah ni?
ADVERTISEMENT